Yosua 21:1-45

  • Kota-kota suku Lewi (1-42)

    • Kota-kota keturunan Harun (9-19)

    • Kota-kota puak Kehat (20-26)

    • Kota-kota puak Gerson (27-33)

    • Kota-kota puak Merari (34-40)

  • Janji Yehuwa ditunaikan (43-45)

21  Para ketua puak dalam suku Lewi datang menghadap Imam Eleazar,+ Yosua anak Nun, dan para ketua puak dalam suku-suku Israel. 2  Di Silo,+ di tanah Kanaan, mereka berkata, “Yehuwa telah memberikan perintah melalui Musa supaya kami diberi kota-kota sebagai tempat tinggal dan padang rumput di sekeliling kota bagi ternakan kami.”+ 3  Oleh itu, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa, orang Israel memberikan kota-kota+ termasuk padang rumput daripada tanah warisan mereka kepada orang Lewi.+ 4  Setelah membuang undi, keluarga-keluarga dalam puak Kehat+ menerima kota-kota mereka. Orang Lewi daripada keturunan Imam Harun diberi 13 buah kota daripada suku Yehuda,+ suku Simeon,+ dan suku Benyamin.+ 5  Puak Kehat yang lain diberi 10 buah kota daripada keluarga-keluarga dalam suku Efraim,+ suku Dan, dan setengah daripada suku Manasye.+ 6  Bagi puak Gerson,+ mereka diberi 13 buah kota daripada keluarga-keluarga dalam suku Isakhar, suku Asyer, suku Naftali, dan setengah daripada suku Manasye di Basan.+ 7  Keluarga-keluarga dalam puak Merari+ diberi 12 buah kota daripada suku Ruben, suku Gad, dan suku Zebulon.+ 8  Maka dengan membuang undi, umat Israel memberi suku Lewi kota-kota itu dan padang rumput di sekelilingnya, seperti yang telah diperintahkan oleh Yehuwa melalui Musa.+ 9  Inilah nama kota-kota yang diberikan oleh suku Yehuda dan suku Simeon.+ 10  Kota-kota itu diberikan kepada keturunan Harun daripada puak Kehat dalam suku Lewi, kerana merekalah yang mendapat bahagian yang pertama. 11  Mereka diberi Kiryat-arba,+ iaitu Hebron,+ (Arba ialah bapa Enak), di kawasan pergunungan Yehuda termasuk padang rumputnya. 12  Tetapi kawasan tanah lapang di kota itu dan perkampungannya diberikan kepada Kaleb anak Yefune sebagai miliknya.+ 13  Keturunan Imam Harun diberi sebuah kota perlindungan bagi orang yang telah membunuh,+ iaitu Hebron+ dan padang rumputnya. Mereka juga diberi Libna+ dan padang rumputnya, 14  Yatir+ dan padang rumputnya, Estemoa+ dan padang rumputnya, 15  Holon+ dan padang rumputnya, Debir+ dan padang rumputnya, 16  Ain+ dan padang rumputnya, Yuta+ dan padang rumputnya, serta Bet-semes dan padang rumputnya. Semuanya sembilan buah kota daripada dua suku itu. 17  Daripada suku Benyamin: Gibeon+ dan padang rumputnya, Geba dan padang rumputnya,+ 18  Anatot+ dan padang rumputnya, serta Almon dan padang rumputnya. Semuanya empat buah kota. 19  Keturunan Imam Harun menerima 13 buah kota termasuk padang rumput di sekelilingnya.+ 20  Setelah membuang undi, keluarga-keluarga lain daripada puak Kehat dalam suku Lewi diberi kota-kota daripada suku Efraim. 21  Mereka diberi sebuah kota perlindungan bagi orang yang telah membunuh,+ iaitu Sikhem+ dan padang rumputnya yang terletak di kawasan pergunungan Efraim. Mereka juga diberi Gezer+ dan padang rumputnya, 22  Kibzaim dan padang rumputnya, serta Bet-horon+ dan padang rumputnya. Semuanya empat buah kota. 23  Daripada suku Dan: Elteke dan padang rumputnya, Gibeton dan padang rumputnya, 24  Ayalon+ dan padang rumputnya, serta Gat-rimon dan padang rumputnya. Semuanya empat buah kota. 25  Daripada setengah suku Manasye: Taanakh+ dan padang rumputnya, serta Gat-rimon dan padang rumputnya. Jumlahnya dua buah kota. 26  Keluarga-keluarga lain dalam puak Kehat menerima 10 buah kota termasuk padang rumput di sekelilingnya. 27  Puak Gerson+ daripada keluarga-keluarga dalam suku Lewi menerima dua buah kota daripada setengah suku Manasye: Sebuah kota perlindungan bagi orang yang telah membunuh, iaitu Golan+ di Basan, termasuk padang rumputnya, serta Beestera dan padang rumputnya. 28  Daripada suku Isakhar:+ Kisyon dan padang rumputnya, Daberat+ dan padang rumputnya, 29  Yarmut dan padang rumputnya, serta En-ganim dan padang rumputnya. Semuanya empat buah kota. 30  Daripada suku Asyer:+ Misal dan padang rumputnya, Abdon dan padang rumputnya, 31  Helkat+ dan padang rumputnya, serta Rehob+ dan padang rumputnya. Semuanya empat buah kota. 32  Daripada suku Naftali: Sebuah kota perlindungan bagi orang yang telah membunuh,+ iaitu Kedes+ di Galilea, termasuk padang rumputnya, Hamot-dor dan padang rumputnya, serta Kartan dan padang rumputnya. Semuanya tiga buah kota. 33  Keluarga-keluarga dalam puak Gerson menerima 13 buah kota termasuk padang rumput di sekelilingnya. 34  Daripada suku Zebulon,+ keluarga-keluarga dalam puak Merari,+ iaitu orang Lewi yang lain, menerima Yokneam+ dan padang rumputnya, Karta dan padang rumputnya, 35  Dimna dan padang rumputnya, serta Nahalal+ dan padang rumputnya. Semuanya empat buah kota. 36  Daripada suku Ruben: Bezer+ dan padang rumputnya, Yahas dan padang rumputnya,+ 37  Kedemot dan padang rumputnya, serta Mefaat dan padang rumputnya. Semuanya empat buah kota. 38  Daripada suku Gad:+ Sebuah kota perlindungan bagi orang yang telah membunuh, iaitu Ramot di Gilead,+ termasuk padang rumputnya, Mahanaim+ dan padang rumputnya, 39  Hesybon+ dan padang rumputnya, serta Yaezer+ dan padang rumputnya. Semuanya empat buah kota. 40  Puak Merari, iaitu keluarga-keluarga lain dalam suku Lewi, menerima 12 buah kota menurut keluarga masing-masing. 41  Semua kota orang Lewi yang terletak di dalam kawasan milik orang Israel berjumlah 48 buah kota termasuk padang rumput di sekelilingnya.+ 42  Setiap kota itu mempunyai padang rumput di sekelilingnya. 43  Demikianlah Yehuwa memberi orang Israel semua tanah yang telah dijanjikan-Nya kepada nenek moyang mereka.+ Maka orang Israel mengambil tanah itu sebagai milik mereka dan menetap di sana.+ 44  Yehuwa juga memberi mereka kedamaian di seluruh tanah itu, seperti yang telah dijanjikan-Nya kepada nenek moyang mereka.+ Tiada seorang musuh pun yang dapat mengalahkan mereka.+ Yehuwa telah menyerahkan semua musuh ke dalam tangan mereka.+ 45  Antara semua perkara baik yang dijanjikan oleh Yehuwa kepada orang Israel, tiada satu pun yang gagal ditunaikan; semuanya menjadi kenyataan.+

Nota Kaki