Zakharia 3:1-10

  • Penglihatan 4: Pakaian imam agung ditukar (1-10)

    • Syaitan menentang Imam Agung Yosua (1)

    • “Aku akan mengutus hamba-Ku yang dipanggil Tunas” (8)

3  Dia kemudiannya menunjukkan Imam Agung Yosua kepadaku.+ Yosua sedang berdiri di hadapan malaikat Yehuwa, manakala Syaitan+ sedang berdiri di sebelah kanan Yosua dan hendak menentangnya. 2  Kemudian malaikat Yehuwa berkata kepada Syaitan, “Hai Syaitan,+ semoga Yehuwa menegur kamu. Semoga Yehuwa, yang telah memilih Yerusalem,+ menegur kamu! Tidakkah orang ini bagaikan sebatang kayu yang disambar keluar daripada api?” 3  Pada masa itu, Yosua memakai pakaian yang kotor dan berdiri di hadapan malaikat. 4  Malaikat itu berkata kepada para pembantunya, “Tanggalkan pakaiannya yang kotor itu.” Kemudian dia berkata kepada Yosua, “Lihatlah! Dosa kamu telah aku singkirkan. Kamu akan diberi pakaian yang bermutu tinggi.”+ 5  Kemudian aku berkata, “Pakaikanlah serban yang bersih di atas kepalanya.”+ Lalu mereka memakaikan serban yang bersih di atas kepalanya dan mengenakan pakaian yang bermutu tinggi padanya. Ketika itu, malaikat Yehuwa sedang berdiri di situ. 6  Kemudian malaikat Yehuwa berkata kepada Yosua, 7  “Demikianlah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga: ‘Jika engkau menurut kehendak-Ku dan melaksanakan tanggungjawab yang Aku berikan, engkau boleh menjadi hakim di dalam Rumah-Ku+ dan mengurus halamannya. Aku akan mengizinkan engkau menghadap-Ku pada bila-bila masa, seperti yang dapat dilakukan oleh para malaikat yang berada di hadirat-Ku.’ 8  “‘Dengarlah, hai Imam Agung Yosua! Kamu dan para imam yang duduk di hadapanmu akan menjadi tanda tentang apa yang akan berlaku pada masa depan. Aku akan mengutus hamba-Ku+ yang dipanggil Tunas.+ 9  Lihatlah batu yang Aku letakkan di hadapan Yosua! Pada batu itu terdapat tujuh mata.* Aku akan mengukir tulisan-tulisan pada batu itu, dan Aku akan menyingkirkan dosa negeri itu dalam masa sehari,’ firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.+ 10  “‘Pada hari itu, kamu masing-masing akan menjemput jiran kamu untuk berteduh di bawah pokok anggur dan pokok ara kamu,’ firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.”+

Nota Kaki

Mungkin bermaksud bahawa batu itu diperhatikan oleh tujuh mata.