Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Catatan kepada Ibu Bapa

Catatan kepada Ibu Bapa

Apakah hadiah terbaik yang boleh anda berikan kepada anak-anak anda? Anda boleh memberikan kasih, bimbingan, dan perlindungan, kepada mereka. Namun hadiah yang paling bernilai ialah pengetahuan tentang Yehuwa dan kebenaran dalam Firman-Nya, Bible. (Yohanes 17:3) Pengetahuan ini boleh membantu anak anda mengasihi Yehuwa dan menyembah-Nya dengan sepenuh hati dari kecil lagi.​—Matius 21:16.

Ramai ibu bapa mendapati bahawa anak-anak kecil lebih menyukai pelajaran dan aktiviti yang ringkas. Maka dengan sukacitanya, kami telah menyediakan bahan bacaan ini, Adik Belajar Bible. Setiap pelajaran direka untuk mengajarkan Bible dalam cara yang ringkas. Gambar dan teks disediakan khas untuk kanak-kanak berumur tiga tahun dan ke bawah. Setiap pelajaran juga memuatkan beberapa cadangan tentang aktiviti yang boleh dilakukan. Adik Belajar Bible bukanlah mainan untuk si kecil. Sebaliknya, brosur ini direka agar anda dapat membacanya bersama anak-anak dan berkomunikasi dengan mereka.

Kami yakin bahawa bahan bacaan ini akan membantu anda mengajarkan kebenaran Bible kepada anak anda “sejak kecil.”​— 2 Timotius 3:14, 15.

Saudara-saudara anda,

Badan Pimpinan Saksi-Saksi Yehuwa