Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Cara untuk Mengetahui Apa yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Anda

Cara untuk Mengetahui Apa yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Anda

Pelajaran 1

Cara untuk Mengetahui Apa yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Anda

Apakah maklumat penting yang terkandung dalam Bible? (1)

Siapakah pengarang Bible? (2)

Mengapakah anda patut mempelajari Bible? (3)

1. Bible merupakan kurniaan Tuhan. Kitab ini adalah seperti sepucuk surat daripada seorang bapa yang penyayang kepada anak-anaknya. Dalam Bible, kita diberitahu kebenaran tentang Tuhan—siapa Dia dan apa prinsip-prinsip moral-Nya. Bible menerangkan cara untuk menangani masalah dan menikmati kebahagiaan sejati. Hanya Bible sahaja yang menyatakan apa yang kita mesti lakukan untuk menyenangkan hati Tuhan.—Mazmur 1:1-3; Yesaya 48:17, 18.

2. Bible ditulis oleh kira-kira 40 orang yang berlainan. Usaha ini bermula pada tahun 1513 SM dan memakan masa 1,600 tahun. Bible mengandungi 66 buah buku kecil. Mereka yang menulis Bible diilhamkan oleh Tuhan. Mereka menulis fikiran-Nya dan bukan fikiran mereka. Oleh itu, Pengarang Bible ialah Tuhan di syurga dan bukannya manusia di bumi.—2 Timotius 3:16, 17; 2 Petrus 1:20, 21.

3. Tuhan telah memastikan bahawa Bible disalin dengan tepat dan boleh didapati dengan mudah hari ini. Jumlah Bible yang telah dicetak melebihi jumlah mana-mana buku yang lain. Bukan semua orang akan berasa gembira apabila melihat anda mempelajari Bible. Namun begitu, jangan biarkan mereka menghalang anda. Masa hadapan anda yang kekal bergantung kepada usaha anda untuk mengenal Tuhan dan melakukan kehendak-Nya walaupun menghadapi tentangan.—Matius 5:10-12; Yohanes 17:3.