Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Hormat akan Nyawa dan Darah

Hormat akan Nyawa dan Darah

Pelajaran 12

Hormat akan Nyawa dan Darah

Apakah sepatutnya pandangan kita terhadap nyawa? (1) pengguguran anak? (1)

Bagaimanakah orang Kristian dapat menunjukkan bahawa mereka mementingkan keselamatan? (2)

Adakah perbuatan membunuh binatang salah? (3)

Apakah antara amalan-amalan yang tidak menunjukkan hormat terhadap nyawa? (4)

Apakah hukum Tuhan berkenaan darah? (5)

Adakah hukum ini merangkumi transfusi darah? (6)

1. Yehuwa merupakan Sumber nyawa. Semua benda hidup berhutang nyawa kepada Tuhan. (Mazmur 36:10) Bagi Tuhan, nyawa adalah suci. Malah, nyawa anak yang masih dalam kandungan ibunya dianggap berharga oleh Yehuwa. Di mata Tuhan, perbuatan membunuh seorang anak yang sedang membesar di dalam rahim ibunya dengan sengaja ialah perbuatan yang salah. Hukum Musa menyatakan, “Jika beberapa orang berkelahi dan mereka mencederakan seorang wanita yang hamil dan anaknya keluar tetapi kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa tidak berlaku, ganti rugi harus ditetapkan ke atas pesalah . . . tetapi jika kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa berlaku, maka pesalah mesti memberikan nyawa ganti nyawa.”—Keluaran 21:22, 23, New World Translation of the Holy Scriptures; Mazmur 127:3.

2. Orang Kristian yang sejati sangat mementingkan keselamatan. Mereka memastikan kereta dan rumah mereka selamat. (Ulangan 22:8) Hamba-hamba Tuhan tidak akan sengaja mengambil risiko yang membahayakan diri semata-mata untuk berseronok. Oleh itu, mereka tidak mengambil bahagian dalam sukan yang berunsur keganasan yang mana pesertanya sengaja mencederakan orang lain. Mereka menghindari hiburan yang menggalakkan keganasan.—Mazmur 11:5; Yohanes 13:35.

3. Nyawa binatang juga suci bagi Pencipta kita. Seorang Kristian boleh membunuh binatang untuk mendapatkan makanan dan pakaian ataupun untuk melindungi diri daripada penyakit dan bahaya. (Kejadian 3:21; 9:3; Keluaran 21:28) Namun begitu, penganiayaan atau pembunuhan haiwan semata-mata untuk tujuan sukan atau keseronokan adalah salah.—Amsal 12:10.

4. Merokok, mengunyah buah pinang, dan penggunaan dadah untuk keseronokan bukanlah untuk orang Kristian. Kesemua ini adalah salah kerana amalan-amalan ini (1) menjadikan kita hambanya, (2) memudaratkan badan kita, dan (3) menajiskan. (Roma 6:19; 12:1; 2 Korintus 7:1) Kita mungkin menghadapi kesukaran untuk membuang tabiat-tabiat ini. Walau bagaimanapun, kita harus berbuat demikian untuk menyenangkan hati Yehuwa.

5. Darah juga suci di mata Tuhan. Tuhan memberitahu kita bahawa nyawa sesuatu makhluk yang hidup adalah dalam darah. Jadi, perbuatan memakan darah merupakan suatu kesalahan. Adalah salah juga jika kita memakan daging binatang yang darahnya tidak dikeluarkan dengan betul. Seekor binatang yang dicekik atau yang mati dalam perangkap tidak patut dimakan. Darah binatang yang dilembing atau ditembak mesti dicurahkan dengan segera jika kita ingin memakan daging binatang tersebut.—Kejadian 9:3, 4; Imamat 17:13, 14; Kisah 15:28, 29.

6. Adakah salah jika kita menerima transfusi darah? Ingat, Yehuwa menghendaki kita menjauhi darah. Hal ini bermakna kita tidak boleh memasukkan darah orang lain ataupun darah sendiri yang telah disimpan ke dalam tubuh kita dalam apa cara pun. (Kisah 21:25) Jadi orang Kristian yang sejati tidak akan menerima transfusi darah. Mereka akan menerima rawatan-rawatan perubatan yang lain seperti transfusi produk bukan darah. Mereka ingin hidup tetapi mereka tidak akan mencuba menyelamatkan nyawa mereka dengan melanggar hukum-hukum Tuhan.—Matius 16:25.

[Gambar pada muka surat 25]

Untuk menyenangkan hati Tuhan, kita mesti mengelakkan transfusi darah, tabiat-tabiat yang menajiskan, dan risiko-risiko yang diambil dengan sengaja