Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Pilihlah untuk Berkhidmat kepada Tuhan

Pilihlah untuk Berkhidmat kepada Tuhan

Pelajaran 16

Pilihlah untuk Berkhidmat kepada Tuhan

Apakah yang mesti anda lakukan untuk menjadi sahabat Tuhan? (1, 2)

Bagaimanakah anda membaktikan diri kepada Tuhan? (1)

Bilakah anda patut dibaptis? (2)

Bagaimanakah anda boleh mendapat kekuatan untuk terus setia kepada Tuhan? (3)

1. Untuk menjadi sahabat Tuhan, anda mesti memperoleh pengetahuan yang tepat tentang kebenaran dalam Bible (1 Timotius 2:3, 4), menaruh kepercayaan dalam perkara-perkara yang telah anda pelajari (Ibrani 11:6), bertaubat daripada dosa-dosa anda (Kisah 17:30, 31), dan mengubah haluan hidup anda. (Kisah 3:19) Kemudian, kasih anda untuk Tuhan harus mendorong anda untuk membaktikan diri kepada-Nya. Pembaktian diri dilakukan melalui doa peribadi anda. Dalam doa anda, anda meluahkan hasrat untuk membaktikan diri kepada Tuhan bagi melakukan kehendak-Nya.—Matius 16:24; 22:37.

2. Setelah anda membaktikan diri kepada Tuhan, anda harus dibaptis. (Matius 28:19, 20) Pembaptisan memaklumkan semua orang bahawa anda telah membaktikan diri kepada Yehuwa. Oleh itu, pembaptisan hanyalah bagi mereka yang cukup matang untuk membuat keputusan untuk berkhidmat kepada Tuhan. Ketika seseorang dibaptis, seluruh tubuh badannya harus dibenamkan sebentar dalam air. *Markus 1:9, 10; Kisah 8:36.

3. Setelah anda membaktikan diri kepada Yehuwa, Dia menghendaki anda hidup selaras dengan janji anda. (Mazmur 50:14; Pengkhutbah 5:3, 4) Si Iblis akan mencuba menghalang anda daripada berkhidmat kepada Yehuwa. (1 Petrus 5:8) Namun demikian, dekatilah Tuhan melalui doa. (Filipi 4:6, 7) Pelajarilah Firman-Nya setiap hari. (Mazmur 1:1-3) Berpaut erat pada sidang. (Ibrani 13:17) Jika anda melakukan perkara-perkara di atas, anda akan memperoleh kekuatan untuk terus setia kepada Tuhan. Dengan ini, anda dapat melakukan perkara-perkara yang dikehendaki oleh Tuhan untuk selama-lamanya!

[Nota kaki]

^ per. 2 Sebagai persediaan untuk pembaptisan, anda digalakkan untuk mempelajari buku What Does the Bible Really Teach?, atau buku lain yang menyerupai buku ini yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.