Siapakah Yesus Kristus?
Pelajaran 3
Siapakah Yesus Kristus?
Mengapakah Yesus dipanggil Anak Tuhan yang sulung? (1)
Mengapakah dia dipanggil “Firman”? (1)
Mengapakah Yesus datang ke bumi sebagai manusia? (2-4)
Mengapakah dia melakukan mukjizat-mukjizat? (5)
Apakah yang akan dilakukan oleh Yesus tidak lama lagi? (6)
1. Yesus tinggal di syurga sebagai makhluk roh sebelum dia datang ke bumi. Dia ialah ciptaan Tuhan yang pertama. Oleh itu, dia dipanggil Anak Tuhan yang sulung. (Penyingkapan 3:14) Yesus ialah satu-satunya Anak yang telah diciptakan oleh Tuhan sendiri. Sebelum Yesus menjadi seorang manusia, Tuhan telah menggunakannya sebagai “jurubina” untuk menciptakan segala yang ada di syurga dan di bumi. (Amsal 8:22-31; Kolose 1:16, 17) Tuhan juga menggunakannya sebagai jurucakap-Nya yang utama. Oleh itu Yesus dipanggil “Firman.”—Yohanes 1:1-3; Penyingkapan 19:13.
2. Tuhan menghantar Anak-Nya ke bumi dengan memindahkan nyawanya ke dalam rahim Maria. Yesus tidak mempunyai seorang bapa manusia. Oleh demikian, dia tidak mewarisi dosa atau ketidaksempurnaan. Tuhan menghantar Yesus ke bumi atas tiga sebab: (1) Untuk mengajar kita kebenaran tentang Tuhan (Yohanes 18:37), (2) untuk mengekalkan integritinya dengan sempurna dan dengan itu menyediakan suri teladan untuk kita (1 Petrus 2:21), dan (3) untuk mengorbankan nyawanya demi membebaskan kita daripada dosa dan maut. Mengapakah Yesus perlu mengorbankan nyawanya?—Matius 20:28.
3. Adam, manusia yang pertama tidak mentaati perintah Tuhan. Dalam Bible, apa yang dilakukan olehnya itu disebut sebagai “dosa.” Oleh itu, Tuhan telah menjatuhkan hukuman mati ke atasnya. (Kejadian 3:17-19) Dia tidak dapat memenuhi piawaian Tuhan, jadi dia bukan lagi seorang yang sempurna. Dia menjadi tua secara beransur-ansur dan akhirnya mati. Adam telah mewariskan dosa kepada semua anaknya. Itulah sebabnya kita juga menjadi tua, jatuh sakit, dan mati. Bagaimanakah umat manusia dapat diselamatkan?—Roma 3:23; 5:12.
Mazmur 49:8; 1 Timotius 2:5, 6; Yohanes 3:16; Roma 5:18, 19.
4. Sama seperti Adam, Yesus ialah manusia yang sempurna. Walau bagaimanapun, apabila Yesus berdepan dengan ujian yang paling mencabar di dalam hidupnya, dia mentaati Tuhan dengan sempurna; dari segi ini, dia sungguh berbeza daripada Adam. Maka, Yesus boleh mengorbankan nyawanya yang sempurna untuk membayar dosa Adam. Dalam Bible, pengorbanannya disebut sebagai “tebusan.” Dengan demikian, anak-anak Adam dapat dibebaskan daripada hukuman mati. Semua orang yang menaruh kepercayaan terhadap Yesus boleh mendapat pengampunan daripada dosa-dosa mereka dan menerima kehidupan yang kekal.—5. Semasa di bumi, Yesus telah menyembuhkan orang yang sakit, memberi makanan kepada mereka yang lapar, dan menenangkan ribut. Dia juga membangkitkan orang yang telah mati. Mengapakah dia melakukan mukjizat? (1) Dia mengasihani orang yang menderita dan ingin menolong mereka. (2) Mukjizat-mukjizat ini membuktikan bahawa dia ialah Anak Tuhan. (3) Mukjizat-mukjizat ini menunjukkan apa yang akan dilakukan olehnya bagi umat yang taat apabila dia memerintah bumi sebagai Raja.—Matius 14:14; Markus 2:10-12; Yohanes 5:28, 29.
6. Yesus mati, dibangkitkan sebagai makhluk roh, dan telah kembali ke syurga. (1 Petrus 3:18) Selepas itu, Tuhan menjadikannya seorang Raja. Tidak lama lagi, Yesus akan menghapuskan segala kejahatan dan penderitaan dari bumi ini.—Mazmur 37:9-11; Amsal 2:21, 22.
[Gambar pada muka surat 7]
Yesus mengajar orang dan melakukan mukjizat-mukjizat. Malah dia juga telah mengorbankan nyawanya untuk kita