Apakah yang harus anda lakukan?
Apakah yang harus anda lakukan?
50 Adakah anda ingin hidup di firdaus yang indah itu untuk selama-lamanya?
Maka, belajar lebih banyak lagi tentang apa yang difirmankan oleh Tuhan. Cuba belajar membaca Bible.—Yohanes 17:3; Penyingkapan 1:3
51 Belajarlah lebih banyak tentang Yesus.—Ulangan 18:18, 19; Yohanes 3:16; Kisah 3:19-23
52 Cuba lakukan perkara-perkara yang baik sahaja dan taatilah Yehuwa.—Roma 6:17, 18, 22
Keluaran 20:13; 1 Yohanes 3:11, 12
53 Ingat, Yehuwa berkata kita tidak boleh membunuh orang.—54 Kita dilarang mengambil barang-barang kepunyaan orang lain.—Keluaran 20:15; Efesus 4:28
55 Seorang lelaki tidak patut tinggal bersama dan meniduri seseorang perempuan melainkan jika perempuan itu ialah isterinya.—Keluaran 20:14, 17; 1 Tesalonika 4:3
56 Bolehkah anda ingat, Tuhan membenarkan seorang suami untuk mempunyai berapa orang isteri? Berapa lamakah seorang suami harus tinggal bersama isterinya?—Kejadian 2:22, 24; Matius 19:5, 6; 1 Korintus 7:2, 10, 11
57 Juga, ingatlah bahawa kita mesti menyembah Yehuwa sahaja.—58 Berhala dan patung tidak dapat menolong kita. Mengapa?—1 Korintus 8:4
Patutkah kita menyimpan berhala?—Ulangan 27:15; 1 Yohanes 5:21
59 Mengapakah penggunaan tangkal dan jampi tidak baik?—Ulangan 18:10-13; Penyingkapan 21:8
60 Malaikat-malaikat jahat atau roh-roh jahat menentang Tuhan. Mereka menggunakan tukang tilik untuk menyesatkan manusia.—Kisah 16:16
61 Kita mesti berdoa kepada Tuhan. Doa bererti bercakap dengan Tuhan, memberitahu-Nya bahawa kita hendak berkhidmat kepada-Nya, dan meminta bantuan daripada-Nya.—62 Kita mesti mentaati Yesus dan menaruh kepercayaan kepadanya.—Ibrani 5:9; Yohanes 3:16
63 Ingatlah bahawa dia mati untuk menyelamatkan kita.—Roma 5:8
Filipi 2:9-11; Penyingkapan 19:16
64 Ingatlah bahawa Yesus ialah Raja kita yang tidak dapat dilihat. Kita harus taat kepadanya.—Matius 28:19, 20; Yohanes 4:7-15
65 Yesus berkata bahawa anda harus memberitahu orang lain tentang perkara-perkara yang baik yang sedang anda pelajari dan bahawa mereka yang mahu berkhidmat kepada Tuhan harus dibaptiskan.—66 Maka, anda boleh bercakap dengan kawan-kawan anda tentang perkara-perkara yang baik ini.—Matius 10:32
67 Jika anda belajar untuk membaca dengan baik, anda dapat mempelajari lebih banyak perkara dan dapat membantu orang lain dengan lebih baik.—2 Timotius 2:15
68 Yesus juga mengajar kanak-kanak supaya taat kepada Tuhan. Dia meluangkan masa untuk bercakap dengan mereka walaupun dia sibuk.—69 Ibu bapa patut selalu mengajar anak-anak mereka supaya taat kepada Tuhan dan mengasihi-Nya.—Ulangan 6:6, 7; Amsal 6:20-22; Efesus 6:4
70 Terdapat banyak gereja yang berbeza. Banyak daripada ajaran mereka bukan daripada Bible. Yehuwa menyuruh kita meninggalkan agama-agama yang tidak mengajarkan kebenaran.—Penyingkapan 18:4; Yohanes 4:23, 24
71 Di bumi, Yehuwa mempunyai umat yang boleh mengajar anda supaya mengenali-Nya dengan lebih dekat. Tahukah anda siapa mereka?—72 Mereka ialah Saksi-Saksi Yehuwa. Mereka hidup damai sesama sendiri. Tahukah anda mengapa? Kerana mereka saling mengasihi.—Yesaya 43:10-12; Yohanes 13:34, 35
73 Oleh sebab mereka juga mengasihi Yehuwa, mereka telah dibaptiskan. Dengan ini, mereka menunjukkan kepada semua bahawa mereka telah meninggalkan cara hidup mereka yang buruk dan mahu berkhidmat kepada Tuhan seumur hidup mereka.—Kisah 2:41
74 Pada masa hadapan, Saksi-Saksi Yehuwa berharap agar dapat hidup di firdaus yang indah.—Apakah yang boleh anda lakukan supaya anda dapat hidup bersama mereka di sana?—Yakobus 1:22, 25; 2:20-26
75 Sertai mereka dalam mempelajari cara-cara untuk berkhidmat kepada Yehuwa. Mereka mengasihi dan mentaati Yehuwa dan Kristus Yesus. Adakah anda mengasihi mereka? Adakah anda ingin membantu orang lain mengenali Tuhan?—Yohanes 6:45-47
76 Yehuwa dan Kristus Yesus mengasihi anda dan mahu anda hidup di firdaus untuk selama-lamanya.—Apa yang telah anda pelajari daripada gambar-gambar dan maklumat dalam brosur ini pasti telah memberi anda keinginan untuk menikmati kehidupan di bumi untuk selama-lamanya. Jika anda ingin mempelajari hal ini dengan lebih lanjut, kami cadangkan supaya anda menghubungi salah seorang daripada Saksi-Saksi Yehuwa di tempat anda. Anda juga boleh menulis, atau meminta orang lain untuk menulis bagi pihak anda, kepada pejabat yang terdekat dengan tempat tinggal anda. Senarai alamat boleh didapati pada muka surat dua dalam brosur ini.