Bagaimana kita diselamatkan daripada dosa dan kematian
Bagaimana kita diselamatkan daripada dosa dan kematian
35 Adakah anda masih ingat bahawa Adam, manusia pertama, telah berdosa? Dia kehilangan nyawanya dan firdaus, dan kita semua juga mati kerana kita ialah anak-anaknya.—Roma 5:12; 3:23
36 Jika seorang lagi manusia yang sempurna mengorbankan nyawanya demi kita atau menjadi tebusan untuk kita, kita akan mendapat balik kehidupan yang sempurna.—1 Korintus 15:45; Roma 5:19, 21
37 Yesus ialah Anak Tuhan. Dia ialah seorang manusia yang sempurna. Dia tidak berdosa.—Ibrani 5:9; 7:26
38 Dia membiarkan dirinya dibunuh oleh orang yang tidak mengasihi Tuhan.—Kisah 2:23
Yesus telah mengorbankan nyawanya untuk kita.—1 Timotius 2:6
39 Yesus dikuburkan di dalam sebuah gua yang dipahat. Dia mati selama tiga hari. Kemudian Tuhan membangkitkannya.—40 Dia telah kembali ke syurga. Kini dia boleh meminta Tuhan untuk menolong mereka yang taat kepada Tuhan.—Ibrani 9:24; 1 Yohanes 2:1, 2