Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Jumlah Besar 2022

Jumlah Besar 2022
  • Pejabat Cawangan Saksi-Saksi Yehuwa: 86

  • Negara atau Kawasan: 239

  • Jumlah Sidang: 117,960

  • Hadirin Peringatan di Serata Dunia: 19,721,672

  • Orang yang Makan Minum Lambang Peringatan di Serata Dunia: 21,150

  • Jumlah Tertinggi Penyiar a: 8,699,048

  • Purata Penyiar yang Menginjil Setiap Bulan: 8,514,983

  • Peratus Peningkatan Berbanding 2021: 0.4

  • Jumlah yang Dibaptis b: 145,552

  • Purata Perintis c Biasa dan Perintis Khas Setiap Bulan: 1,489,252

  • Purata Perintis Sokongan Setiap Bulan: 381,310

  • Jumlah Jam Aktiviti Penyebaran: 1,501,797,703

  • Purata Pembelajaran Bible d Setiap Bulan: 5,666,996

Sepanjang tahun aktiviti penyebaran 2022, e Saksi-Saksi Yehuwa telah membelanjakan $242 juta bagi menyokong keperluan para perintis khas, mubaligh, dan penyelia litar dalam tugas-tugas mereka. Di seluruh dunia, terdapat 21,629 orang pekhidmat terlantik yang bertugas di pejabat cawangan. Mereka semua merupakan ahli Persaudaraan Sedunia bagi Pekhidmat Khas Sepenuh Masa Saksi-Saksi Yehuwa.

a Penyiar merujuk kepada seseorang yang menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan dengan giat. (Matius 24:14) Untuk penjelasan yang lebih lengkap mengenai angka ini, sila lihat rencana “Berapakah Jumlah Saksi-Saksi Yehuwa di Seluruh Dunia?” di jw.org/ms.

b Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh seseorang yang ingin dibaptis sebagai Saksi-Saksi Yehuwa, sila lihat rencana “Bagaimanakah Saya Dapat Menjadi Saksi-Saksi Yehuwa?” di jw.org/ms.

c Perintis merujuk kepada Saksi yang telah dibaptis dan merupakan teladan yang baik. Mereka sudi menggunakan jumlah masa yang ditetapkan setiap bulan untuk menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan.

d Untuk maklumat lanjut, sila lihat rencana “Apakah Kursus Pembelajaran Bible yang Ditawarkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa?” di jw.org/ms.

e Tahun aktiviti penyebaran 2022 bermula dari 1 September 2021 sehingga 31 Ogos 2022.