BAB DUA
Bible—Sebuah Buku daripada Tuhan
-
Apakah perbezaan antara Bible dengan buku-buku yang lain?
-
Bagaimanakah Bible boleh membantu anda menangani masalah peribadi?
-
Mengapakah anda boleh mempercayai nubuat-nubuat yang tercatat dalam Bible?
1, 2. Mengapakah Bible merupakan sebuah hadiah yang istimewa daripada Tuhan?
PERNAHKAH anda menerima sebuah hadiah yang istimewa daripada seorang kawan yang dikasihi? Apakah perasaan anda semasa menerima hadiah itu? Kemungkinan besar anda berasa seronok dan terharu. Hadiah itu menunjukkan sesuatu tentang kawan anda, iaitu bahawa dia menghargai persahabatan anda. Sudah tentu anda telah mengucapkan terima kasih kepadanya.
2 Dalam cara yang sama, Bible merupakan sebuah hadiah yang dikurniai Tuhan. Kita patut bersyukur terhadap-Nya. Buku yang unik ini menyingkapkan kebenaran yang tidak boleh didapati di mana-mana pun. Sebagai contoh, Bible memberitahu kita tentang penciptaan bumi, langit yang penuh dengan bintang, dan pasangan manusia yang pertama. Bible mengandungi prinsip-prinsip yang boleh dipercayai. Prinsip-prinsip ini dapat membantu kita untuk menangani masalah dan kekhuatiran hidup. Bible menerangkan bagaimana Tuhan akan melaksanakan tujuan-Nya dan membawa perubahan kepada bumi kita. Tidakkah anda bersetuju bahawa Bible merupakan sebuah hadiah yang istimewa?
3. Dengan menghadiahkan Bible kepada kita, apakah yang dapat kita ketahui tentang Yehuwa, dan mengapakah hal ini menyentuh hati kita?
3 Bible juga merupakan sebuah hadiah yang menyentuh hati kita kerana Bible menyingkapkan sesuatu tentang Pemberinya, iaitu Tuhan Yehuwa. Pemberian ini membuktikan bahawa Yehuwa mahu kita mengenali-Nya. Ya, Bible dapat membantu anda mendekati Yehuwa.
4. Berkenaan pengedaran Bible, apakah yang menarik perhatian anda?
4 Ramai orang di serata dunia mempunyai Bible. Adakah anda juga mempunyai sebuah Bible? Seluruh Bible atau sebahagian daripadanya telah diterbitkan dalam lebih daripada 2,400 bahasa. Oleh itu, lebih daripada 95 peratus orang di dunia berpeluang membacanya. Secara purata, lebih daripada satu juta Bible diedarkan setiap minggu! Berbilion-bilion naskhah Bible, tidak kira seluruh atau sebahagian daripadanya telah dicetakkan. Sudah pasti, Bible ialah sebuah buku yang tiada tolok bandingnya.
5. Mengapakah Bible boleh dikatakan ‘diilhami oleh Tuhan’?
5 Bible ‘diilhami oleh Tuhan.’ (2 Timotius 3:16) Mengapakah kita boleh berkata demikian? Bible menyatakan, ‘Roh [daya aktif] Tuhan menguasai orang semasa mereka menyampaikan perkhabaran yang datang daripada Tuhan.’ (2 Petrus 1:21) Sebagai contoh, seorang pengurus mungkin menyuruh setiausahanya untuk menulis sepucuk surat. Surat itu mengandungi buah fikiran dan arahan pengurus itu. Maka, surat itu ialah surat pengurus itu dan bukan surat setiausahanya. Dalam cara yang sama, Bible mengandungi mesej Tuhan dan bukannya mesej mereka yang menulis Bible. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa seluruh Bible benar-benar merupakan ‘perkhabaran daripada Tuhan.’—1 Tesalonika 2:13.
SELARAS DAN TEPAT
6, 7. Mengapakah anda berasa kagum dengan keselarasan kandungan Bible?
6 Usaha untuk menulis Bible telah memakan masa lebih daripada 1,600 tahun. Penulis-penulis Bible hidup pada zaman yang berlainan dan datang dari pelbagai latar belakang. Ada antara penulis ini merupakan pekebun, nelayan, dan penggembala. Ada juga yang merupakan penubuat, hakim, dan raja. Penulis buku Lukas ialah seorang doktor. Meskipun penulis-penulis Bible datang dari pelbagai latar belakang, Bible adalah selaras dari mula hingga akhir.
7 Buku yang pertama di dalam Bible menceritakan tentang bagaimana masalah umat manusia bermula. Buku yang terakhir menunjukkan bahawa seluruh bumi akan menjadi sebuah firdaus, atau taman. Kandungan Bible meliputi sejarah selama beribu-ribu tahun yang boleh membantu kita untuk memahami tujuan Tuhan dan mengetahui bagaimana tujuan-Nya akan dicapai. Keselarasan atau keharmonian Bible sangat mengagumkan, bukan? Tetapi inilah apa yang kita harapkan daripada sebuah buku yang dikurniai Tuhan.
8. Berikan contoh-contoh yang menunjukkan bahawa Bible adalah tepat secara saintifik.
8 Bible adalah tepat secara saintifik. Malah, Bible mengandungi Ayub 26:7) Bible bukanlah sebuah buku teks sains, tetapi semasa Bible menyentuh perkara-perkara saintifik, Bible adalah tepat. Bukankah ini apa yang diharapkan daripada sebuah buku yang dikurniai Tuhan?
maklumat yang mendahului zamannya. Sebagai contoh, buku Imamat mengandungi hukum-hukum untuk orang Israel kuno tentang cara untuk mencegah penyakit daripada merebak dan cara untuk mengekalkan kebersihan. Tetapi, bangsa-bangsa berhampiran langsung tidak tahu akan hal-hal sebegini. Semasa orang masih mempunyai tanggapan yang salah tentang bumi, Bible dengan tepatnya menyatakan bahawa bumi ‘digantung di angkasa hampa.’ (9. (a) Dari segi sejarah, mengapakah kita boleh katakan bahawa Bible adalah tepat dan boleh dipercayai? (b) Apakah yang boleh anda pelajari tentang Bible daripada kejujuran penulis-penulisnya?
9 Dari segi sejarah, Bible juga tepat dan boleh dipercayai. Kisah-kisah dalam Bible tertulis secara terperinci. Bible bukan sahaja mencatatkan nama-nama orang tetapi juga mencatatkan salasilah keturunan mereka. * Tidak seperti ahli sejarah di dunia yang jarang menyebut tentang kekalahan bangsa sendiri, penulis Bible adalah jujur. Mereka mencatatkan kegagalan sendiri dan bangsa mereka. Sebagai contoh, dalam buku Bilangan, penulis yang bernama Musa telah mengakui kesalahan serius yang dilakukannya dan bagaimana dia telah ditegur dengan keras. (Bilangan 20:2-12) Kejujuran sebegini jarang didapati dalam catatan sejarah yang lain, tetapi didapati dalam Bible kerana Bible diilhami Tuhan.
BUKU YANG MEMPUNYAI HIKMAT YANG SESUAI DIAMALKAN
10. Mengapakah kita tidak perlu berasa hairan bahawa apa yang terkandung dalam Bible adalah sesuai untuk diamalkan?
10 Oleh sebab Bible diilhami Tuhan, kandungannya 2 Timotius 3:16) Ya, apa yang terkandung dalam Bible adalah sesuai untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Bible mencerminkan pengetahuan yang mendalam tentang sifat semula jadi manusia. Hal ini tidak menghairankan kerana Pengarang Bible, iaitu Tuhan Yehuwa, merupakan Pencipta kita! Dia memahami cara pemikiran dan perasaan kita, bahkan lebih baik daripada kita. Tambahan pula, Yehuwa tahu apa yang kita perlukan supaya kita dapat hidup dengan bahagia. Dia juga tahu perbuatan yang patut kita hindari.
“berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah.” (11, 12. (a) Apakah topik-topik yang dibincangkan oleh Yesus semasa memberikan Ceramah di Atas Bukit? (b) Apakah hal-hal lain yang dibincangkan dalam Bible, dan mengapakah nasihat Bible tidak ketinggalan zaman?
11 Sebagai contoh, mari kita lihat ceramah Yesus yang dikenali sebagai Ceramah di Atas Bukit seperti yang tercatat di Matius bab 5 hingga 7. Dalam ajarannya yang terkenal ini, Yesus telah membincangkan beberapa topik, termasuk cara untuk mendapat kebahagiaan yang sejati, cara untuk menyelesaikan pertikaian, cara untuk berdoa, dan cara untuk mempunyai pandangan yang seimbang tentang kebendaan. Kata-kata Yesus berwibawa dan sesuai diamalkan dahulu bahkan sekarang juga.
12 Beberapa prinsip dalam Bible menyentuh kehidupan keluarga, tabiat kerja, dan hubungan dengan orang lain. Prinsip-prinsip Bible adalah untuk semua lapisan masyarakat dan nasihat Bible pasti membawa manfaat. Mengapakah hal ini sedemikian? Yehuwa menjawab soalan ini melalui penubuat Yesaya, ‘Akulah Yehuwa, Tuhan kamu, Aku mengajar kamu apa yang baik bagi kamu.’—Yesaya 48:17.
BUKU YANG MEMPUNYAI NUBUAT
13. Apakah butiran tentang Babilon yang diilhami Yehuwa kepada penubuat Yesaya?
13 Bible mengandungi nubuat-nubuat, dan banyak antaranya telah digenapi. Marilah kita lihat satu contoh. Melalui penubuat Yesaya yang tinggal pada abad kelapan SM, Yehuwa telah menubuatkan bahawa kota Babilon akan dimusnahkan. (Yesaya 13:19; 14:22, 23) Bible mengandungi butiran yang menunjukkan cara kota itu akan ditawan. Tentera yang menyerang kota Babilon akan mengeringkan sungai di kota Babilon dan masuk ke dalam kota itu tanpa bertempur. Menakjubkan, bukan? Tetapi apa yang lebih menakjubkan ialah penubuat Yesaya telah menyatakan nama raja yang akan menawan kota Babilon, iaitu Kores.—Yesaya 44:27–45:2.
14, 15. Bagaimanakah butiran nubuat Yesaya tentang kota Babilon digenapi?
14 Kira-kira 200 tahun kemudian, pada malam 5 Oktober 539 SM, satu pasukan tentera berkhemah berdekatan dengan kota Babilon. Siapakah ketua angkatan tentera itu? Seorang raja Persia yang bernama Kores. Dengan itu, tirai terbuka bagi penggenapan sebuah nubuat yang mengagumkan. Tetapi dapatkah tentera Kores menawan Babilon tanpa bertempur, seperti yang telah dinubuatkan?
15 Pada malam itu, orang Babilon sedang berpesta. Mereka berasa selamat kerana kota mereka dilindungi oleh tembok yang besar. Sementara itu, Kores dengan bijaknya mengubah haluan air sungai yang mengalir melalui kota itu. Tidak lama kemudian, paras air sungai menjadi cukup cetek. Hal ini membolehkan Kores dan tenteranya menyeberangi sungai lalu mendekati tembok kota itu. Tetapi bagaimanakah tentera Kores memasuki kota itu?
Rupa-rupanya, pada malam itu pintu kota dibiarkan terbuka dengan tidak sengaja!16. (a) Apakah yang akhirnya terjadi pada Babilon seperti yang dinubuatkan oleh Yesaya? (b) Bagaimanakah nubuat Yesaya yang menyatakan bahawa kota Babilon akan menjadi kawasan terbiar digenapi?
16 Mengenai kota Babilon, Bible menubuatkan, “Tiada sesiapa akan tinggal di situ lagi. Tiada pengembara Arab akan memasang khemahnya di situ, dan tiada gembala akan membawa domba untuk merumput di situ.” (Yesaya 13:20, ABB) Bible bukan sekadar menubuatkan kejatuhan kota Babilon, tetapi menunjukkan bahawa kota itu akan menjadi kawasan terbiar dan tidak akan didiami untuk selama-lamanya. Hari ini, anda boleh melihat bukti penggenapan nubuat ini. Kawasan Babilon kuno terletak kira-kira 80 km dari Baghdad, Iraq. Kawasan terbiar ini merupakan bukti bahawa kata-kata Yehuwa melalui Yesaya telah digenapi. Babilon telah dimusnahkan bagaikan disapu bersih dengan penyapu.—Yesaya 14:22, 23. *
17. Bagaimanakah penggenapan nubuat Bible mengukuhkan kepercayaan anda?
Bilangan 23:19) Ya, kita mempunyai ‘harapan untuk menerima hidup sejati dan kekal’ kerana ‘Tuhan yang tidak berdusta, telah menjanjikan hidup itu sebelum permulaan zaman.’—Titus 1:2. *
17 Apa yang telah kita bincangkan menunjukkan bahawa Bible mempunyai nubuat-nubuat yang boleh dipercayai. Tidakkah hal ini mengukuhkan kepercayaan anda? Jika Tuhan Yehuwa telah menunaikan janji-janji-Nya pada masa dahulu, kita tidak mempunyai sebarang alasan untuk meragui sama ada Dia akan menunaikan janji-Nya untuk menjadikan bumi ini sebuah firdaus. (‘FIRMAN TUHAN ITU HIDUP’
18. Apakah yang dinyatakan oleh hawari Paulus tentang ‘firman Tuhan’?
18 Daripada apa yang telah kita pelajari dalam bab ini, memanglah nyata bahawa Bible merupakan sebuah buku yang benar-benar unik. Namun, Bible bukan sekadar sebuah buku yang kandungannya selaras, tepat dari segi sains dan sejarah, mempunyai hikmat yang sesuai diamalkan, dan mengandungi nubuat yang boleh dipercayai. Hawari Paulus menulis, ‘Firman Tuhan itu hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang bermata dua. Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum. Ibrani 4:12, ABB.
Firman Tuhan menghakimi fikiran dan niat hati manusia.’—19, 20. (a) Bagaimanakah Bible membantu anda memeriksa diri? (b) Bagaimanakah anda boleh menunjukkan bahawa anda menghargai Bible?
19 Membaca “firman,” atau mesej Tuhan dalam Bible boleh mengubah kehidupan kita. Bible dapat membantu kita untuk memeriksa diri kita dengan lebih mendalam. Kita mungkin mengatakan bahawa kita mengasihi Tuhan, tetapi cara kita menyambut ajaran dalam Firman-Nya boleh mendedahkan pemikiran dan niat sebenar yang tersemat di hati.
20 Bible memang merupakan sebuah buku daripada Tuhan. Bible merupakan sebuah buku yang patut dibaca, dipelajari, dan dicintai. Anda boleh menunjukkan bahawa anda menghargai hadiah ini yang telah diberikan oleh Tuhan dengan terus mempelajari apa yang terkandung dalam Bible dengan teliti. Seraya anda berbuat demikian, anda akan memahami tujuan Tuhan bagi umat manusia dengan lebih mendalam. Apakah tujuan-Nya dan bagaimanakah tujuan-Nya menjadi kenyataan? Kedua-dua soalan ini akan dibincangkan dalam bab yang seterusnya.
^ per. 9 Sebagai contoh, sila rujuk salasilah Yesus yang terperinci di Lukas 3:23-38.
^ per. 16 Untuk maklumat lanjut tentang nubuat Bible, sila rujuk muka surat 27-29 dalam brosur “Buku bagi Semua Orang” (A Book for All People) yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.
^ per. 17 Kemusnahan kota Babilon hanyalah salah satu daripada nubuat-nubuat Bible yang telah digenapi. Contoh-contoh lain termasuk kemusnahan kota Tirus dan kota Niniwe. (Yehezkiel 26:1-5; Zefanya 2:13-15) Selain itu, penubuat Daniel telah menubuatkan turutan kuasa dunia yang akan mengambil alih selepas kerajaan Babilon. Antara kuasa-kuasa ini ialah gabungan kerajaan Media dan Persia dan kerajaan Yunani. (Daniel 8:5-7, 20-22) Sila lihat bahagian Lampiran yang bertajuk “Yesus Kristus—Mesias yang Dijanjikan” untuk perbincangan tentang nubuat-nubuat mengenai Mesias yang telah menjadi kenyataan dalam diri Yesus Kristus.