Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 8

Yosia Ada Kawan Baik

Yosia Ada Kawan Baik

Adakah berbuat baik itu susah?— Banyak orang berasa susah. Bible kata, seorang budak yang bernama Yosia berasa susah untuk buat baik. Tetapi dia ada kawan baik yang dapat membantunya. Mari kita belajar lebih banyak tentang Yosia dan kawan-kawannya.

Amon ialah ayah Yosia. Amon ialah raja Yehuda yang sangat jahat dan menyembah patung. Apabila ayah Yosia mati, Yosia menjadi raja Yehuda. Tetapi dia baru berumur lapan tahun! Adakah dia jahat seperti ayahnya?— Tidak!

Zefanya memberi amaran supaya orang tidak menyembah patung

Walaupun dia masih kecil, Yosia mahu mentaati Yehuwa. Jadi, dia hanya memilih kawan yang mengasihi Yehuwa. Mereka membantu Yosia untuk berbuat baik. Siapakah kawan-kawan Yosia?

Salah seorang kawannya ialah Zefanya. Zefanya ialah seorang penubuat. Dia memberi amaran bahawa jika orang Yehuda menyembah patung, mereka akan mengalami masalah. Yosia mendengar kata-kata Zefanya dan menyembah Yehuwa, bukannya patung.

Yeremia juga ialah kawan Yosia. Umur Yeremia hampir sama dengan Yosia. Sejak kecil lagi, mereka tinggal berdekatan. Mereka ialah kawan yang sangat rapat. Apabila Yosia mati, Yeremia menulis sebuah lagu istimewa tentang perasaan rindunya kepada Yosia. Yeremia dan Yosia saling membantu untuk berbuat baik dan mentaati Yehuwa.

Yosia dan Yeremia saling membantu untuk berbuat baik

Apakah yang adik dapat belajar daripada contoh Yosia?— Walaupun Yosia masih kecil, dia mahu berbuat baik. Dia tahu bahawa dia harus berkawan dengan orang yang mengasihi Yehuwa. Adik juga perlu memilih kawan yang mengasihi Yehuwa dan yang dapat membantu adik berbuat baik!