SOALAN 4
Adakah Semua Kehidupan Berasal daripada Nenek Moyang yang Sama?
Darwin berpendapat bahawa semua kehidupan bermula daripada nenek moyang yang sama. Dia menggambarkan sejarah kehidupan di bumi sebagai sebatang pokok yang besar. Pada kemudian hari, orang lain fikir bahawa “pohon kehidupan” ini bermula daripada batang utama yang mewakili sel-sel ringkas yang pertama. Spesies baharu bercabang daripadanya, dan kemudian terbahagi menjadi dahan yang mewakili keluarga tumbuhan dan binatang. Selepas itu, terdapat ranting-ranting yang mewakili semua spesies dalam keluarga tumbuhan dan binatang yang ada hari ini. Adakah hal itu yang berlaku?
Apakah yang banyak ahli sains kata? Banyak ahli sains memberi tanggapan bahawa fosil-fosil yang dijumpai menyokong teori Darwin. Mereka juga menyatakan bahawa semua kehidupan telah berasal daripada nenek moyang yang sama kerana mempunyai “program komputer,” atau DNA, yang hampir sama.
Apakah yang Bible kata? Kisah dalam buku Kejadian menyatakan bahawa tumbuhan, hidupan laut, binatang darat, dan burung semuanya diciptakan “menurut jenisnya.” (Kejadian 1:12, 20-25) Kata-kata ini menunjukkan bahawa kepelbagaian dapat wujud dalam setiap “jenis” benda hidup, tetapi terdapat batas tetap yang membezakan jenis-jenisnya. Maka, kita dapat menjangkakan catatan fosil pelbagai jenis makhluk hidup yang baharu akan muncul dalam bentuk yang lengkap secara tiba-tiba.
Bukti-bukti menyingkapkan apa? Adakah bukti yang ditemui menyokong catatan Bible, atau adakah teori Darwin betul? Apakah yang ditunjukkan daripada penemuan sepanjang 150 tahun yang lalu?
POHON DARWIN DITEBANG
Beberapa tahun belakangan ini, ahli sains dapat membandingkan kod genetik berpuluh-puluh organisma sel tunggal dan kod genetik tumbuhan dan binatang. Mereka fikir bahawa kajian mereka akan menyokong teori “pohon kehidupan” Darwin. Namun, apakah yang didapati mereka?
Pada tahun 1999 ahli biologi yang bernama Malcolm S. Gordon menulis, “Nampaknya kehidupan mempunyai banyak asal usul dan tidak bercabang daripada satu akar.” Jika begitu, bagaimana pula dengan 29 *
teori Darwin yang mengatakan semua kehidupan berasal daripada satu batang utama? Gordon menyambung, “Teori versi asal bahawa semua kehidupan datang daripada nenek moyang yang sama nampaknya tidak dapat digunakan untuk kategori alam yang diketahui sekarang. Teori ini juga mungkin tidak dapat digunakan untuk kebanyakan atau bahkan semua filum. Ada kemungkinan teori ini juga tidak dapat digunakan untuk kebanyakan kelas dalam filum tersebut.”Kajian yang dilakukan baru-baru ini juga bercanggah dengan teori Darwin bahawa semua kehidupan datang daripada nenek moyang yang sama. Sebagai contoh, sebuah rencana dalam majalah New Scientist pada tahun 2009 memetik kata-kata Eric Bapteste, iaitu ahli sains yang menyokong teori evolusi. Dia berkata, “Kita tidak mempunyai sebarang bukti yang menunjukkan bahawa teori pohon kehidupan adalah betul.”30 Rencana yang sama memetik kata-kata Michael Rose, iaitu ahli biologi yang menyokong evolusi. Dia berkata, “Kami tahu bahawa teori pohon kehidupan sedang dikuburkan secara senyap-senyap. Tapi kami masih susah terima hakikat bahawa pandangan asas terhadap biologi harus diubah sepenuhnya.”31 *
BAGAIMANA PULA DENGAN CATATAN FOSIL?
Banyak ahli sains kata catatan fosil menyokong teori bahawa kehidupan mempunyai asal usul yang sama. Contohnya, mereka kata bahawa catatan fosil membuktikan bagaimana ikan menjadi amfibia dan reptilia menjadi mamalia. Namun, apakah sebenarnya yang dibuktikan oleh catatan fosil?
David M. Raup, seorang ahli paleontologi yang menyokong evolusi berkata, “Ahli geologi pada zaman Darwin dan pada hari ini mendapati bahawa kehidupan tidak berubah secara bertahap tahap. Sebaliknya catatan fosil menunjukkan pola yang tidak menentu. Spesies muncul dalam urutan catatan fosil secara tiba-tiba, tidak mengalami perubahan yang besar atau langsung tiada perubahan, lalu tiba-tiba lenyap.”32
Sebenarnya, kebanyakan catatan fosil menunjukkan bahawa pelbagai jenis makhluk hidup tidak berevolusi menjadi jenis makhluk hidup yang lain biarpun jangka masa yang panjang telah berlalu. Sebaliknya, struktur tubuh binatang dan ciri-ciri yang tertentu muncul secara tiba-tiba. Contohnya, tiada bukti yang menunjukkan bahawa kelawar yang mempunyai sistem sonar dan gema lokasi berkaitan dengan makhluk yang lebih primitif.
Kebanyakan daripada kumpulan utama binatang nampaknya muncul dalam jangka waktu yang agak singkat. Oleh sebab banyak makhluk hidup yang baharu dan unik muncul secara tiba-tiba dalam catatan fosil, ahli paleontologi memanggil zaman itu sebagai “letupan Cambrian” atau Zaman Cambrian.
Jika anggaran para penyelidik adalah tepat, sejarah bumi dapat digambarkan dengan garis masa yang panjangnya seperti padang bola sepak (1). Dalam skala itu, anda perlu berjalan kira-kira tujuh per lapan padang itu untuk sampai ke
Zaman Cambrian (2). Setibanya di situ, kebanyakan kumpulan utama binatang muncul dalam catatan fosil. Adakah binatang-binatang ini muncul secara beransur-ansur? Tidak! Sebenarnya, binatang-binatang ini muncul secara tiba-tiba dalam ruang kurang daripada selangkah.Setelah mendapati bahawa pelbagai benda hidup muncul secara tiba-tiba, para penyelidik yang menyokong teori evolusi mula mempersoalkan penjelasan asal Darwin. Sebagai contoh, dalam temu ramah pada tahun 2008, ahli biologi yang bernama Stuart Newman kata bahawa teori baharu untuk menjelaskan evolusi diperlukan. Dia kata, “Penjelasan Darwin tentang evolusi harus diketepikan dan bukannya menjadi asas utama teori ini. Jadi, kita tidak lagi patut bergantung pada penjelasan ini untuk memahami makroevolusi.”33
“BUKTI” YANG BERMASALAH
Bagaimana pula dengan fosil yang digunakan untuk membuktikan bahawa ikan berubah menjadi amfibia, dan reptilia menjadi mamalia? Adakah itu bukti kukuh tentang evolusi? Tidak. Apabila dikaji, ada beberapa masalah yang timbul.
Pertama, sesetengah buku teks memberikan gambaran yang salah tentang saiz fosil. Semasa menunjukkan perubahan reptilia ke mamalia, semua saiz fosil digambarkan seolah-olah hampir sama besar. Tetapi sebenarnya, sesetengah saiz fosil makhluk itu adalah sangat kecil dan yang lain pula sangat besar.
Kedua, tiada bukti cukup yang menunjukkan makhluk-makhluk itu saling berkaitan. Menurut anggaran para penyelidik, usia antara fosil-fosil itu selalunya mempunyai selang masa sekitar jutaan tahun. Ahli zoologi Henry Gee kata, “Jangka masa antara fosil-fosil yang ditemui sangat besar. Jadi, kita tidak dapat pastikan kaitan yang ada antara makhluk-makhluk itu.”34 *
Ahli biologi Malcolm S. Gordon telah mengulas tentang fosil-fosil ikan dan amfibia. Dia kata bahawa fosil yang ditemui hanya mewakili sebahagian kecil kumpulan ikan dan amfibia dan “nampaknya tidak sesuai untuk mewakili kepelbagaian makhluk dalam kedua-dua kumpulan binatang ini yang wujud pada zaman itu.” Dia menyambung, “Kami tidak boleh tahu dengan pasti jika organisma-organisma itu saling berkaitan atau menyumbang kepada perkembangan makhluk lain.”APAKAH JALAN CERITA “FILEM”?
Sebuah rencana National Geographic pada 2004 menyamakan catatan fosil dengan “sebuah filem evolusi. Namun, untuk setiap 1,000 gambar (frames) dalam filem itu, 999 daripadanya telah hilang.”36 Apakah maksudnya?
Bayangkan sebuah filem ada 100,000 gambar dan anda hanya berjaya jumpa 100 gambar. Jadi sekarang, anda cuba teka jalan cerita filem itu. Tetapi hanya 5 daripada 100 gambar itu menyokong idea anda, manakala yang 95 gambar lagi menunjukkan jalan cerita yang lain. Adakah munasabah untuk berkeras mengikut idea anda semata-mata kerana lima gambar itu? Mungkinkah anda telah menyusun lima gambar itu agar menyokong jalan cerita anda? Tidakkah lebih munasabah untuk membiarkan 95 gambar lain itu membantu anda memahami jalan cerita yang betul?
Apakah kaitan contoh tadi dengan pandangan ahli sains terhadap catatan fosil? Selama bertahun-tahun, para penyelidik enggan mengakui bahawa kebanyakan fosil menunjukkan bahawa spesies tidak banyak berubah dalam masa yang panjang. Ini umpama mengetepikan 95 gambar filem itu. Mengapakah mereka cuba meremehkan bukti yang penting ini? Seorang pengarang Richard Morris kata, “Nampaknya, ahli paleontologi berpegang pada idea bahawa 37
evolusi berlaku secara beransur-ansur. Biarpun bukti menunjukkan sebaliknya, mereka enggan berganjak. Mereka cuba menjelaskan catatan fosil mengikut idea-idea evolusi yang diterima umum.”“Urutan fosil yang digunakan untuk membentuk suatu salasilah bukanlah hipotesis sains yang dapat diuji. Sebaliknya, hal ini adalah seperti cerita yang menarik dan mungkin dapat beri pengajaran, tetapi tidak disokong oleh bukti sains.”—In Search of Deep Time—Beyond the Fossil Record to a New History of Life, oleh Henry Gee, ms. 116-117
Bagaimana pula dengan orang yang menyokong teori evolusi dewasa ini? Mungkinkah mereka menyusun fosil dalam turutan tertentu untuk menyokong idea evolusi terkini, dan bukannya mengikut bukti fosil dan genetik secara keseluruhan? *
Apakah pandangan anda? Kesimpulan mana yang disokong oleh bukti? Pertimbangkan fakta-fakta yang telah dibincangkan setakat ini.
-
Hidupan pertama di bumi langsung tidak “ringkas.”
-
Kebarangkalian bagi komponen sel untuk muncul secara rawak adalah sangat kecil.
-
DNA, iaitu “program komputer” atau kod yang mengawal sel, adalah jauh lebih rumit daripada mana-mana program dan sistem penyimpanan data manusia.
-
Kajian genetik tidak menunjukkan bahawa semua kehidupan berasal daripada nenek moyang yang sama. Selain itu, catatan fosil menunjukkan bahawa kumpulan-kumpulan utama binatang muncul secara tiba-tiba.
Setelah mengkaji semua fakta ini, adakah munasabah untuk membuat kesimpulan bahawa bukti yang ditemui adalah selaras dengan penjelasan Bible mengenai asal usul kehidupan? Namun, banyak orang mendakwa bahawa maklumat Bible tentang penciptaan bercanggah dengan sains. Adakah hal itu benar? Apakah yang dikatakan dalam Bible?
^ per. 9 Istilah “filum” merujuk kepada sekumpulan besar binatang yang mempunyai struktur tubuh yang serupa. Satu cara yang digunakan oleh ahli sains untuk mengelaskan semua benda hidup adalah melalui sistem yang mempunyai tujuh peringkat. Setiap peringkat adalah lebih spesifik daripada peringkat yang sebelumnya. Peringkat pertama ialah alam dan merupakan kategori terbesar. Kemudian diikuti dengan kategori berikut: Filum, kelas, order, keluarga, genus, dan spesies. Sebagai contoh, kuda dikategorikan seperti berikut: Alam, Animalia; filum, Kordata; kelas, Mamalia; order, Perissodactyla; keluarga, Equidae; genus, Equus; spesies, Caballus.
^ per. 10 Bapteste, Rose, dan majalah New Scientist bukannya menyatakan teori evolusi salah. Tetapi mereka setuju bahawa pohon kehidupan Darwin, iaitu salah satu asas teorinya, langsung tidak disokong oleh mana-mana bukti. Seperti mereka, ada sebilangan ahli sains yang masih sedang mencari penjelasan lain untuk menyokong teori evolusi.
^ per. 21 Henry Gee bukannya membantah teori evolusi. Sebaliknya, kata-katanya menunjukkan bahawa apa yang dapat dipelajari daripada catatan fosil adalah terbatas.
^ per. 22 Malcolm S. Gordon menyokong teori evolusi.
^ per. 27 Sebagai contoh, lihat kotak “ Bagaimana dengan Evolusi Manusia?”
^ per. 50 Perhatian: Semua penyelidik yang disebut dalam kotak ini tidak percaya ajaran penciptaan dalam Bible. Mereka semua menyokong teori evolusi.
^ per. 54 Menurut para penyelidik yang menyokong teori evolusi, istilah “hominid” merujuk kepada makhluk-makhluk dalam salasilah manusia dan spesies purba yang seperti manusia.