Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Anak-Anak; Kaum Muda

Anak-Anak; Kaum Muda

Pandangan Tuhan terhadap anak-anak

Bagaimanakah Yehuwa menunjukkan bahawa anak-anak dan kaum muda berharga bagi-Nya?

Ul 6:​6, 7; 14:​28, 29; Mz 110:3; 127:​3-5; 128:​3, 4; Yak 1:27

Lihat juga Ayb 29:12; Mz 27:10; Ams 17:6

Lihat juga “Keluarga

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 1:​27, 28—Yehuwa mahu manusia mempunyai anak dan memenuhi bumi

    • Kej 9:1—Selepas Banjir Besar, Tuhan memberitahu Nuh dan keluarganya untuk memiliki anak dan memenuhi bumi

    • Kej 33:5—Yakub, seorang hamba Tuhan yang setia, menganggap anak-anaknya sebagai kurniaan daripada Tuhan

    • Mr 10:​13-16—Yesus mengasihi kanak-kanak sama seperti Bapanya

Apakah pandangan Yehuwa terhadap orang yang mengambil kesempatan atau mendera kanak-kanak?

Apakah prinsip Bible yang menunjukkan bahawa kita tidak patut mengharapkan kanak-kanak untuk berkelakuan seperti orang dewasa?

Bil 1:3; 1Ko 13:11

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 33:​12-14—Yakub mengadakan perjalanan dengan perlahan supaya kanak-kanak tidak berasa terlalu susah

Patutkah kita menyalahkan Tuhan apabila kanak-kanak menderita?

Ayb 34:10; Yak 1:13; 1Yo 5:19

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Lu 5:​18, 20, 23-25—Yesus menjelaskan bahawa kita jatuh sakit kerana dosa

    • Rm 5:12—Rasul Paulus menjelaskan mengapa kita berdosa dan mati

Bagaimanakah Yehuwa meyakinkan kita bahawa semua penderitaan yang dialami orang tua dan orang muda akan berakhir?

Jika ibu bapa kita melakukan kesalahan serius atau melayan kita dengan buruk, adakah itu bermaksud kita tidak berharga atau bahawa kita akan mengulangi kesilapan mereka?

Ul 24:16; Yeh 18:​1-3, 14-18

Lihat juga Ul 30:​15, 16

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 2Ra 18:​1-7; 2Ta 28:​1-4—Hizkia mempunyai seorang bapa yang jahat yang telah membunuh sesetengah anaknya sendiri, namun Hizkia mematuhi Yehuwa dan menjadi seorang raja yang baik dan setia

    • 2Ra 21:​19-26; 22:​1, 2—Walaupun bapa Yosia, iaitu Amon, seorang raja yang sangat jahat, Yosia menjadi seorang raja yang sangat baik

    • 1Ko 10:​11, 12—Rasul Paulus menjelaskan bahawa kita boleh belajar daripada kesilapan orang lain dan memilih untuk tidak mengulanginya

    • Flp 2:​12, 13—Rasul Paulus ingatkan kita bahawa jika kita tetap setia, kita akan mendapat penyelamatan

Tanggungjawab kanak-kanak dan kaum muda

Apakah pandangan Yehuwa terhadap anak-anak yang masih tinggal bersama ibu bapa yang merupakan penyembah Tuhan yang setia?

1Ko 7:14

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 19:​12, 15—Salah satu sebab anak-anak perempuan Lot dilindungi oleh malaikat adalah kerana bapa mereka ialah seorang lelaki yang berbuat benar

Jika ibu bapa memiliki hubungan baik dengan Tuhan, adakah itu bermaksud anak-anak mereka juga sama?

Ams 20:11; Yeh 18:​5, 10-13

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Im 10:​1-3, 8, 9—Anak-anak Imam Agung Harun dihukum mati kemungkinan kerana mereka mabuk

    • 1Sa 8:​1-5—Walaupun Samuel ialah seorang nabi yang berbuat benar, anak-anaknya bersikap tidak jujur

Apakah yang perlu dilakukan oleh anak-anak jika mereka mahu menyenangkan Tuhan?

Mengapakah anak-anak patut menghadiri perjumpaan sidang?

Ul 31:​12, 13; Ibr 10:​24, 25

  • Kisah Bible yang bantu kita:

Bagaimanakah kita tahu bahawa Yehuwa mahu anak-anak menyembah-Nya?

Mz 8:2; 148:​12, 13

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Sa 17:​4, 8-10, 41, 42, 45-51—Yehuwa menggunakan Daud yang muda untuk mempertahankan nama-Nya dengan mengalahkan seorang gergasi yang ganas

    • 2Ra 5:​1-15—Yehuwa menggunakan seorang budak perempuan dari Israel untuk membantu seorang ketua tentera bangsa asing belajar tentang Tuhan yang benar

    • Mt 21:​15, 16—Yesus menghargai usaha kanak-kanak yang menunjukkan hormat kepadanya

Apakah pandangan Yehuwa terhadap anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang tidak seiman?

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Bil 16:​25, 26, 32, 33—Apabila sesetengah orang memberontak terhadap Musa dan Harun, Yehuwa menghukum pemberontak itu serta ahli keluarga yang menyokong mereka

    • Bil 26:​10, 11—Korah dihukum mati, namun anak-anaknya terselamat kerana mereka setia kepada Tuhan

Mengapakah kaum muda hari ini patut memilih pergaulan dengan bijak?

Apakah jenis sahabat yang patut dicari oleh kaum muda Kristian?

2Ti 2:22

Lihat juga “Pergaulan