Cinta akan Kebendaan
Adakah Bible mengutuk wang dan harta benda atau orang yang memilikinya?
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
1Ra 3:11-14—Yehuwa memberkati Raja Salomo dengan kekayaan yang berlimpah kerana dia rendah hati
-
Ayb 1:1-3, 8-10—Walaupun Ayub sangat kaya, hubungannya dengan Yehuwa ialah hal yang paling penting baginya
-
Mengapakah mengumpulkan kekayaan dan harta benda tidak membawa kepuasan dan ketenangan minda?
Bilakah kekayaan menjadi sesuatu yang sia-sia?
Apakah bahaya terbesar yang timbul akibat wang dan harta benda?
Bagaimanakah kita mungkin boleh ditipu oleh kekayaan?
Ams 11:4, 18, 28; 18:11; Mt 13:22
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
Kis 8:18-24—Simon bertindak dengan bodoh dan cuba membeli kedudukan dalam sidang Kristian
-
Cinta akan wang dapat menyebabkan kita kehilangan apa?
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
Mr 10:17-23—Oleh sebab seorang lelaki muda yang kaya sangat mencintai wang dan harta bendanya, dia memilih untuk tidak mengikut Yesus
-
1Ti 6:17-19—Paulus memberikan amaran kepada orang Kristian yang kaya agar tidak bersikap angkuh kerana itu akan membuat mereka hilang perkenan Tuhan
-
Bagaimanakah cinta akan kebendaan dapat melemahkan iman kita dan membuat kita hilang perkenan Tuhan?
Ul 8:10-14; Ams 28:20; 1Yo 2:15-17
Lihat juga Mz 52:6, 7; Amo 3:12, 15; 6:4-8
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
Ayb 31:24, 25, 28—Ayub tahu bahawa dia tidak patut bergantung pada kekayaan, kerana perbuatan itu menunjukkan bahawa dia tidak bergantung pada Tuhan
-
Lu 12:15-21—Untuk memberikan amaran mengenai cinta akan wang dan harta benda, Yesus menceritakan seorang lelaki yang mempunyai banyak kekayaan, tetapi tidak kaya di mata Tuhan
-
Bagaimanakah kita dapat berasa puas terhadap apa yang kita miliki?
Apakah harta yang lebih bernilai daripada harta benda, dan mengapa?
Ams 3:11, 13-18; 10:22; Mt 6:19-21
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
Hag 1:3-11—Yehuwa menggunakan Hagai untuk memberitahu umat-Nya bahawa mereka hilang berkat-Nya kerana mereka hanya bekerja keras untuk membina rumah sendiri dan hidup selesa, tetapi mereka tidak menyokong ibadat sejati
-
Why 3:14-19—Yesus menegur sidang Laodikia kerana lebih mengutamakan kekayaan berbanding khidmat kepada Tuhan
-
Mengapakah kita boleh yakin bahawa Yehuwa akan menyediakan apa yang kita perlukan untuk hidup?