Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Dosa

Dosa

Apakah itu dosa, dan mengapakah kita semua berdosa?

Bagaimanakah Bible meyakinkan kita bahawa kita dapat melawan kecenderungan untuk berbuat dosa?

Rm 6:​12-14

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 2Sa 11:​2-5, 14, 15, 26, 27; 12:​1-13—Raja Daud melakukan dosa yang sangat serius, menerima disiplin yang tegas, dan menunjukkan bahawa dia bertaubat

    • Rm 7:​15-24—Paulus mempunyai iman yang teguh dan mengabdikan diri kepada Tuhan, tetapi dia masih perlu berusaha untuk bergelut dengan pemikiran dan keinginan yang salah

Mengapakah banyak orang berbuat dosa?

Mengapakah sengaja berbuat dosa ialah perbuatan yang serius?

Apakah yang mungkin digunakan oleh Syaitan untuk menggoda hamba Tuhan agar berbuat dosa?

Ams 1:​10, 11, 15; Mt 5:28; Yak 1:​14, 15

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 3:​1-6—Melalui seekor ular, Syaitan menggoda Hawa untuk bersikap mementingkan diri dan tamak; hal ini melemahkan kepercayaan Hawa kepada Yehuwa

    • Ams 7:​6-10, 21-23—Raja Salomo menggambarkan bagaimana seorang pemuda yang tidak berpengalaman menyerah kepada godaan seorang perempuan yang tidak bermoral

Bagaimanakah kita dapat melawan godaan Syaitan?

Ef 4:27; 6:​10-18; Yak 4:​7, 8

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ams 5:​1-14—Seperti seorang bapa yang bercakap kepada anak lelakinya, Raja Salomo memberikan nasihat daripada Yehuwa tentang mengapa dan bagaimana mengelakkan perbuatan yang tidak bermoral

    • Mt 4:​1-11—Yesus menggunakan Firman Tuhan untuk menolak godaan Syaitan

Apakah beberapa contoh dosa serius yang harus dihindari oleh orang Kristian?

Lihat “Amalan yang Salah

Mengakui dosa

Mengapakah kita tidak harus menyembunyikan dosa kita?

Kita harus mengakui semua dosa kita kepada siapa?

Siapakah yang memainkan peranan sebagai “penolong” bagi pihak kita di hadapan Yehuwa?

Bagaimanakah seorang pendosa menunjukkan pertaubatan melalui tindakannya?

Kis 26:20; Yak 4:​8-10

Lihat juga “Pertaubatan

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kel 22:​1-12—Di bawah Hukum Musa, seorang pencuri dikehendaki untuk membayar ganti rugi kepada pemilik

    • Lu 19:​8, 9—Zakheus, yang merupakan ketua pemungut cukai, bertaubat dengan mengubah haluan hidupnya dan membayar kembali kepada orang yang ditipunya

Mengapakah kita dapat yakin akan pengampunan Yehuwa?

Lihat “Mengampuni

Apakah aturan yang disediakan Yehuwa untuk membantu dan melindungi sidang semasa seseorang melakukan dosa yang serius?

Bagaimanakah dosa yang serius mempengaruhi ahli keluarga kita atau rakan seiman?

Ibr 12:​15, 16

Lihat juga Ul 29:18

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Yos 7:​1-13, 20-26—Akhan telah mendatangkan malapetaka atas seluruh bangsa Israel kerana dia telah melakukan dosa yang serius dan cuba menyembunyikannya

    • Yun 1:​1-16—Oleh sebab Yunus tidak mengikut arahan Yehuwa, dia telah membahayakan nyawa semua orang yang berada di dalam kapal bersamanya

    • 1Ko 5:​1-7—Paulus mendedahkan perbuatan dosa yang membawa kesan buruk terhadap seluruh sidang di Korintus

Mengapakah kita tidak patut membiarkan rasa takut akan disiplin menghalang kita daripada mencari bantuan para penatua?

Mengapakah kita harus menerima pengampunan Yehuwa dan bukannya terus berasa sedih atas dosa lampau?

Lihat “Mengampuni

Jika kita tahu seseorang telah melakukan dosa yang serius, mengapakah kita harus memastikan bahawa orang itu memberitahu para penatua sidang?

Im 5:1

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ul 13:​6-9; 21:​18-20—Hukum Musa menghendaki seseorang melaporkan dosa serius biarpun pendosa itu ialah ahli keluarga atau orang yang dikasihi