Kedudukan dalam Masyarakat
Adakah kaum, keturunan, atau status ekonomi membuat seseorang lebih unggul di mata Tuhan?
Kis 17:26, 27; Rm 3:23-27; Ga 2:6; 3:28
Kisah Bible yang bantu kita:
Yoh 8:31-40—Sesetengah orang Yahudi berasa bangga kerana Abraham ialah nenek moyang mereka; tetapi Yesus membetulkan mereka kerana kelakuan mereka langsung tidak seperti Abraham
Adakah apa-apa sebab untuk fikir bahawa kita lebih baik daripada orang lain yang berasal daripada kaum atau negara lain?
Kisah Bible yang bantu kita:
Yun 4:1-11—Yehuwa dengan sabar mengajar Nabi Yunus untuk menunjukkan belas kasihan terhadap orang Niniwe yang berasal daripada bangsa lain
Kis 10:1-8, 24-29, 34, 35—Petrus belajar bahawa Tuhan menerima orang bukan Yahudi, jadi dia membantu Kornelius dan rumah tangganya; mereka merupakan orang bukan Yahudi yang pertama menjadi orang Kristian
Patutkah orang Kristian yang kaya berasa lebih unggul daripada orang lain atau mengharapkan layanan istimewa?
Lihat juga Ul 8:12-14; Yer 9:23, 24
Jika seseorang merupakan penyelia Kristian, adakah itu bermaksud dia lebih baik daripada orang lain dan boleh melayan mereka dengan kasar?
Kisah Bible yang bantu kita:
Ul 17:18-20—Yehuwa memberitahu raja-raja Israel untuk tidak berfikir bahawa mereka lebih baik daripada orang Israel yang lain, kerana mereka semua saudara
Mr 10:35-45—Yesus menegur para rasulnya kerana mereka terlalu mementingkan kedudukan. (Lihat juga nota pembelajaran dalam Alkitab Edisi Pelajaran bahasa Indonesia untuk Mr 10:42, “memerintah mereka”)
Apakah yang menentukan sama ada seseorang diperkenankan Tuhan atau tidak?
Patutkah orang Kristian cuba mengubah undang-undang kerajaan yang tidak adil bagi mereka?
Kisah Bible yang bantu kita:
Yoh 6:14, 15—Ramai orang ingin menjadikan Yesus sebagai raja dan menyelesaikan masalah kerajaan mereka, namun Yesus enggan berbuat demikian