Keluarga
Yehuwa mencipta keluarga
Ibu Bapa
Lihat “Ibu Bapa”
Bapa
Lihat “Bapa”
Ibu
Lihat “Ibu”
Suami, Isteri
Lihat “Perkahwinan”
Anak Lelaki dan Anak Perempuan
Apakah peranan anak-anak dalam keluarga?
Mengapakah anak-anak patut mematuhi ibu bapa mereka?
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
Mz 78:1-8—Orang Israel bertanggungjawab untuk memberitahu anak-anak tentang apa yang telah dilakukan oleh nenek moyang mereka supaya mereka yakin kepada Tuhan dan tidak memberontak
-
Lu 2:51, 52—Walaupun Yesus sempurna, dia mematuhi ibu bapanya yang tidak sempurna semasa dia masih muda
-
Mengapakah anak-anak mungkin susah untuk menghormati ibu bapa mereka?
Bagaimanakah Tuhan memandang anak-anak yang memberontak?
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
Ul 21:18-21—Menurut Hukum Musa, jika seorang anak membesar menjadi orang yang suka memberontak dan tidak menghormati ibu bapanya, dia akan dihukum mati
-
2Ra 2:23, 24—Semasa sekumpulan budak lelaki mengejek Nabi Elisa yang merupakan wakil Yehuwa, mereka dibaham oleh dua ekor beruang
-
Bagaimanakah ibu bapa harus memandang tanggungjawab untuk membesarkan anak?
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
Im 26:9—Bagi orang Israel, mempunyai anak merupakan berkat daripada Yehuwa
-
Ayb 42:12, 13—Yehuwa memberkati Ayub atas kesetiaannya dengan mengurniakan 10 orang anak lagi kepadanya dan isterinya
-
Bagaimanakah adik-beradik melayan satu sama lain dalam cara yang memuliakan Yehuwa?
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
Kej 27:41; 33:1-11—Setelah Yakub berusaha menunjukkan hormat dan berdamai dengan abangnya Esau, Esau membalas dengan kasih sayang
-
Apakah tanggungjawab anak-anak yang sudah dewasa terhadap ibu bapa dan datuk nenek mereka?
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
Kej 11:31, 32—Semasa pindah dari Ur, Abraham membawa bapanya, Terah, dan menjaganya sehingga dia meninggal
-
Mt 15:3-6—Yesus menjelaskan daripada Hukum Musa bahawa anak-anak yang sudah dewasa harus membantu menjaga keperluan ibu bapa mereka
-
Mentua
Lihat “Mentua”
Datuk Nenek
Lihat “Datuk Nenek”