Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kerja

Kerja

Apakah kaitannya antara kerja dengan sukacita?

Apakah manfaat belajar untuk bekerja dalam cara yang baik dan mahir?

Ams 22:29

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Sa 16:​16-23—Daud yang muda dikenali sebagai seorang pemuzik yang mahir, dan muziknya memberikan ketenangan kepada raja Israel yang menghargai bakatnya

    • 2Ta 2:​13, 14—Hiram-abi ialah seorang tukang yang mahir, jadi Raja Salomo menggunakannya untuk kerja pembinaan yang besar

Mengapakah hamba-hamba Yehuwa ingin dikenali sebagai pekerja yang rajin?

Ef 4:28; Kol 3:23

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 24:​10-21—Ribka ialah seorang yang suka membantu dan rajin, dan dia melakukan lebih daripada apa yang diminta oleh hamba Abraham

    • Flp 2:​19-23—Rasul Paulus memberi Timotius tugasan yang penting kerana dia seorang yang rendah hati dan rela bekerja keras demi orang lain

Mengapakah kita tidak patut menjadi malas?

Ams 13:4; 18:9; 21:​25, 26; Pkh 10:18

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ams 6:​6-11—Raja Salomo menggunakan contoh semut untuk mengajar tentang kerja keras dan menghindari sikap malas

Mengapakah kita harus bekerja keras untuk memenuhi keperluan diri?

Mengapakah kita harus bekerja keras untuk memenuhi keperluan keluarga?

1Ti 5:8

  • Kisah Bible yang bantu kita:

Mengapakah kita patut mengongsi hasil kerja keras kita dengan orang lain?

Apakah sepatutnya pandangan kita terhadap gaji daripada kerja sekular?

Bagaimanakah kita tahu bahawa Yehuwa mahu kita bekerja dengan baik dan menjaga keperluan fizikal kita?

Mt 6:​25, 30-32; Lu 11:​2, 3; 2Ko 9:10

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 31:​3-13—Laban melayan Yakub dengan tidak adil, tetapi Yehuwa melihat kerja keras Yakub dan memberkatinya

    • Kej 39:​1-6, 20-23—Semasa Yusuf bekerja sebagai hamba di rumah Potifar dan sebagai banduan, Yehuwa memberkati kerjanya

Mengapakah kerja sekular tidak patut menjadi lebih penting daripada khidmat kita kepada Yehuwa?

Mz 39:​5-7; Mt 6:33; Yoh 6:27

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Lu 12:​15-21—Yesus memberikan satu perumpamaan untuk mengajar bahawa adalah bodoh untuk mengutamakan harta benda daripada hal-hal rohani

    • 1Ti 6:​17-19—Paulus menasihati orang Kristian yang kaya untuk tidak memandang rendah orang lain dan menggesa mereka untuk “melakukan banyak perbuatan yang baik”

Apakah prinsip Bible yang dapat membimbing kita semasa memilih pekerjaan?

Bekerja untuk Yehuwa

Apakah kerja terpenting yang orang Kristian dapat lakukan?

Mengapakah kita ingin memberikan yang terbaik dalam khidmat kita kepada Yehuwa?

Mengapakah kita tidak harus membandingkan apa yang mampu dilakukan oleh setiap hamba Yehuwa?

Ga 6:​3-5

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mt 25:​14, 15—Perumpamaan Yesus menunjukkan bahawa dia tidak mengharapkan para pengikutnya untuk mencapai hasil kerja yang sama

    • Lu 21:​2-4—Walaupun balu miskin memberikan sumbangan yang kecil, Yesus dengan baik hati menyatakan bahawa nilai sumbangannya sangat besar

Siapakah yang dapat memberi kita kekuatan untuk melaksanakan khidmat kepada Tuhan?

2Ko 4:7; Ef 3:​20, 21; Flp 4:13

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 2Ti 4:17—Paulus menyatakan bahawa dia telah menerima kuasa semasa dia memerlukannya

Mengapakah kita dapat bersukacita jika kita bekerja keras untuk Yehuwa?