Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Mengampuni

Mengampuni

Adakah Yehuwa benar-benar sudi mengampuni?

Mz 86:5; Da 9:9; Mi 7:18

Lihat juga 2Pt 3:9

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mz 78:​40, 41; 106:​36-46—Yehuwa berulang kali mengampuni umat-Nya yang degil, meskipun dosa mereka menyakiti hati-Nya

    • Lu 15:​11-32—Mengenai pengampunan Yehuwa, Yesus menceritakan perumpamaan tentang belas kasihan seorang bapa dan cara dia memperlakukan anaknya yang berbuat jahat tetapi kemudiannya bertaubat

Apakah yang dilakukan oleh Yehuwa agar kita mendapat pengampunan dosa?

Yoh 1:29; Ef 1:7; 1Yo 2:​1, 2

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ibr 9:​22-28—Rasul Paulus menjelaskan bagaimana darah Kristus merupakan satu-satunya cara untuk mendapat pengampunan dosa

    • Why 7:​9, 10, 14, 15—Rasul Yohanes menulis bahawa Tuhan mengampuni dosa “kumpulan besar manusia” kerana mereka beriman kepada korban tebusan Yesus

Jika kita ingin Yehuwa mengampuni kita, apakah yang harus kita lakukan apabila orang lain berdosa terhadap kita?

Mt 6:​14, 15; Mr 11:25; Lu 17:​3, 4; Yak 2:13

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ayb 42:​7-10—Sebelum Yehuwa menyembuhkan Ayub dan memberkatinya, Yehuwa meminta Ayub untuk berdoa bagi tiga sahabatnya yang menghinanya

    • Mt 18:​21-35—Yesus menonjolkan pentingnya untuk mengampuni orang lain jika kita sendiri ingin diampuni

Seberapa pentingkah mengakui dosa dan bertaubat?

Kis 3:19; 26:20; 1Yo 1:​8-10

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mz 32:​1-5; 51:​1, 2, 16, 17—Oleh sebab dosanya yang serius, hati Raja Daud remuk dan sesal; maka dia bertaubat dengan tulus

    • Yak 5:​14-16—Yakobus menjelaskan bahawa jika kita telah melakukan dosa serius, kita harus minta bantuan para penatua

Jika kita ingin Yehuwa mengampuni kita, apakah perubahan yang harus kita lakukan?

Ams 28:13; Yes 55:7; Ef 4:28

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Ra 21:​27-29; 2Ta 18:​18-22, 33, 34; 19:​1, 2—Raja Ahab berasa sedih sewaktu dia mendengar bahawa Yehuwa akan menghukumnya, tetapi dia tidak bertaubat dengan tulus, maka Yehuwa enggan mengampuninya dan akibatnya dia mati

    • 2Ta 33:​1-16—Manasye ialah seorang raja yang sangat jahat, namun Yehuwa mengampuninya sewaktu dia bertaubat; dia menunjukkan bahawa dia benar-benar sudah berubah dengan menghentikan penyembahan berhala dan memulihkan ibadat sejati

Sejauh manakah Yehuwa sudi mengampuni seseorang yang benar-benar bertaubat?

Mz 103:​10-14; Yes 1:18; 38:17; Yer 31:34; Mi 7:19

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 2Sa 12:13; 24:1; 1Ra 9:​4, 5—Walaupun Daud melakukan dosa yang sangat serius, Yehuwa mengampuninya kerana dia bertaubat dan menganggapnya sebagai orang yang setia

Bagaimanakah Yesus mencerminkan sifat Yehuwa yang rela mengampuni?

Mz 86:5; Lu 23:​33, 34

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mt 26:​36, 40, 41—Murid-murid yang paling rapat dengan Yesus tertidur sewaktu dia sangat memerlukan sokongan mereka; namun, Yesus dengan baik hati memahami keterbatasan mereka

    • Mt 26:​69-75; Lu 24:​33, 34; Kis 2:​37-41—Petrus menyangkal Yesus sebanyak tiga kali, tetapi Yesus mengampuninya selepas dia bertaubat; setelah dibangkitkan, Yesus menampakkan diri kepada Petrus secara peribadi dan kemudian mengamanahkannya tanggungjawab yang penting dalam sidang

Bagaimanakah kita tahu bahawa pengampunan Yehuwa ada batasnya?

Mt 12:31; Ibr 10:​26, 27; 1Yo 5:​16, 17

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mt 23:​29-33—Yesus memberikan amaran kepada jurutulis hukum dan orang Farisi bahawa mereka akan dihakimi lalu dibuang dalam Gehena, ataupun pembinasaan kekal

    • Yoh 17:12; Mr 14:21—Yesus mengatakan bahawa Yudas Iskariot “akan dimusnahkan” dan berkata bahawa lebih baik jika pengkhianat ini tidak dilahirkan

Apakah yang dapat mendorong orang Kristian untuk sudi mengampuni?