Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Nasihat

Nasihat

Menerima nasihat

Mengapakah kita patut mencari nasihat yang berdasarkan Bible?

Mengapakah lebih baik untuk mendengar nasihat daripada cuba membela diri?

Ams 12:15; 29:1

Lihat juga Ams 1:​23-31; 15:31

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Sa 15:​3, 9-23—Semasa Nabi Samuel menegur Saul, raja itu cuba membela diri dan mengabaikan nasihat itu; maka, Yehuwa menolaknya

    • 2Ta 25:​14-16, 27—Raja Amazia berdosa dan menolak nasihat daripada nabi Yehuwa, akibatnya dia hilang perkenan dan perlindungan daripada Yehuwa

Mengapakah kita patut menghormati para penyelia yang memberikan nasihat?

1Te 5:12; 1Ti 5:17; Ibr 13:​7, 17

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 3Yo 9, 10—Rasul Yohanes yang tua menegur Diotrefes kerana tidak menghormati para saudara yang mengambil pimpinan dalam sidang Kristian

Mengapakah kita patut mendengar nasihat orang yang lebih tua?

Im 19:32; Ams 16:31

Lihat juga Ayb 12:12; 32:7; Tit 2:​3-5

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Sa 23:​16-18—Raja Daud mendengar nasihat Yonatan yang kira-kira 30 tahun lebih tua daripadanya; dia dikuatkan daripada nasihat itu

    • 1Ra 12:​1-17—Raja Rehabeam menolak nasihat yang bijak daripada para orang tua, sebaliknya dia mendengar nasihat daripada orang lebih muda; hal itu mengakibatkan masalah

Apakah yang menunjukkan bahawa wanita dan orang muda yang setia dapat memberikan nasihat yang berharga?

Ayb 32:​6, 9, 10; Ams 31:​1, 10, 26; Pkh 4:13

Lihat juga Mz 119:100

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Sa 25:​14-35—Abigail memberi Raja Daud nasihat yang menghalangnya daripada membunuh banyak orang yang tidak bersalah

    • 2Sa 20:​15-22—Seorang wanita yang bijak di kota Abel telah memberikan nasihat yang menyelamatkan orang di seluruh kota itu

    • 2Ra 5:​1-14—Seorang budak perempuan dari Israel memberikan cadangan kepada seorang pahlawan yang perkasa tentang cara untuk disembuhkan daripada penyakit kustanya

Mengapakah kita tidak patut mendengar nasihat daripada orang yang tidak menghormati Yehuwa atau Firman-Nya?

Mz 1:1; Ams 4:14

Lihat juga Lu 6:39

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Ta 10:​13, 14—Raja Saul meminta petunjuk daripada bomoh dan bukannya daripada Yehuwa; akibatnya dia mati kerana tidak mentaati Yehuwa

    • 2Ta 22:​2-5, 9—Raja Ahazia mati kerana dia mendengar nasihat yang tidak bijak

    • Ayb 21:​7, 14-16—Ayub enggan dipengaruhi oleh pemikiran orang yang tidak menghormati Yehuwa

Memberikan nasihat

Mengapakah lebih baik untuk mendapatkan semua fakta dan mendengar daripada pihak yang terlibat sebelum memberikan nasihat?

Ams 18:​13, 17

Lihat juga Ams 25:8

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Sa 1:​9-16—Imam Agung Eli memberi Hana teguran yang keras kerana menyangka wanita yang setia itu mabuk, padahal dia belum memahami situasi Hana

    • Mt 16:​21-23—Oleh sebab Rasul Petrus tidak mengetahui semua fakta, dia menyuruh Yesus melakukan sesuatu menurut keinginan Syaitan, dan bukannya Yehuwa

Mengapakah kita patut berdoa meminta bimbingan Yehuwa sebelum memberikan nasihat?

Mz 32:8; 73:​23, 24; Ams 3:​5, 6

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kel 3:​13-18—Nabi Musa menanya Yehuwa tentang cara terbaik untuk menjawab soalan yang mungkin diajukan oleh rakan sebangsanya

    • 1Ra 3:​5-12—Daripada bergantung pada diri sendiri, Raja Salomo yang masih muda meminta kebijaksanaan daripada Yehuwa, hasilnya dia menerima berkat Yehuwa

Mengapakah kita patut memastikan bahawa nasihat dan kata-kata kita selalu berdasarkan Bible?

Mz 119:​24, 105; Ams 19:21; 2Ti 3:​16, 17

Lihat juga Ul 17:​18-20

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mt 4:​1-11—Yesus menolak godaan Syaitan dengan menggunakan Firman Tuhan, dan bukannya menurut kebijaksanaan sendiri

    • Yoh 12:​49, 50—Kita patut meniru Yesus yang sentiasa mengajar orang berdasarkan apa yang diajarkan oleh Bapanya

Mengapakah kita patut berusaha memberikan nasihat dengan lembut dan juga memberikan pujian yang ikhlas jika sesuai?

Ga 6:1; Kol 3:12

Lihat juga Yes 9:6; 42:​1-3; Mt 11:​28, 29

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 2Ta 19:​2, 3—Melalui seorang nabi, Yehuwa bukan sahaja menegur Raja Yehosafat, tetapi juga memujinya atas perbuatan baik yang dilakukannya

    • Why 2:​1-4, 8, 9, 12-14, 18-20—Yesus memuji beberapa sidang sebelum memberi mereka nasihat

Jika seorang saudara atau saudari mengadu bahawa seorang rakan seiman telah menipunya atau memfitnahnya, mengapakah kita patut menggalakkannya untuk berbincang dengan rakan itu secara peribadi?

Jika seorang rakan Kristian berasa dia telah dilayan dengan buruk, bagaimanakah kita dapat menggalakkannya untuk menunjukkan belas kasihan, sabar, dan mengampuni?

Mt 18:​21, 22; Mr 11:25; Lu 6:36; Ef 4:32; Kol 3:13

Lihat juga Mt 6:14; 1Ko 6:​1-8; 1Pt 3:​8, 9

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mt 18:​23-35—Yesus memberikan perumpamaan yang penting untuk menjelaskan mengapa kita patut sudi mengampuni

Mengapakah kita harus berpegang teguh pada standard Yehuwa semasa memberikan nasihat?

Mz 141:5; Ams 17:10; 2Ko 7:​8-11

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Sa 15:​23-29—Nabi Samuel tidak berasa takut memberikan nasihat kepada Raja Saul

    • 1Ra 22:​19-28—Walaupun diancam dan dilayan dengan kejam, Nabi Mikhaya enggan mengubah amaran yang akan disampaikan kepada Raja Ahab

Bagaimanakah kita dapat menasihati seseorang tanpa melemahkan kerohaniannya?

Ibr 12:​11-13

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Lu 22:​31-34—Walaupun Rasul Petrus melakukan kesilapan, Yesus yakin bahawa Petrus akan berubah dan dapat menguatkan orang lain

    • Flm 21—Rasul Paulus yakin bahawa Filemon akan mengikut nasihatnya yang berdasarkan kehendak Tuhan

Bagaimanakah kita dapat memberikan nasihat dengan lembut kepada seseorang yang tertekan atau tawar hati?

Bagaimanakah kita dapat menunjukkan kepada seseorang yang sudah berdosa bahawa kita ingin membantunya untuk memulihkan hubungannya dengan Yehuwa?

Bagaimanakah kita dapat menunjukkan hormat semasa memberikan nasihat kepada seseorang, tidak kira umur atau jantina mereka?

Mengapakah para penatua akan memberikan nasihat yang lebih tegas kepada seseorang yang berulang kali menolak nasihat Bible?