Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Pembaktian

Pembaktian

Apakah sepatutnya motif kita sewaktu membaktikan diri kepada Tuhan Yehuwa?

Jika kita ingin menyembah Tuhan, apakah sepatutnya pandangan kita terhadap Bible?

Apakah yang harus kita sedar tentang cara Tuhan membebaskan kita daripada dosa?

Apakah yang perlu kita lakukan jika kita ingin bertaubat daripada haluan hidup kita yang dahulu?

Kis 3:19; 26:20

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Lu 19:​1-10—Zakheus, ketua pemungut cukai, bertaubat daripada haluan hidupnya yang tidak jujur; dia mengembalikan semua wang yang dia telah ambil daripada orang lain

    • 1Ti 1:​12-16—Paulus menjelaskan bagaimana dia telah meninggalkan hidupnya yang berdosa dan menerima pengampunan kerana belas kasihan Tuhan dan Kristus

Selain daripada berhenti melakukan apa yang salah, apa lagi yang harus kita lakukan?

Apakah standard yang harus kita patuhi agar ibadat kita diterima oleh Tuhan?

1Ko 6:​9-11; Kol 3:​5-9; 1Pt 1:​14, 15; 4:​3, 4

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Ko 5:​1-13—Paulus menyuruh sidang Korintus untuk menyingkirkan seorang lelaki dalam kalangan mereka yang melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral

    • 2Ti 2:​16-19—Paulus mengingatkan Timotius agar menolak kata-kata orang murtad yang merebak seperti penyakit gangren

Apakah sepatutnya pendirian penyembah Tuhan mengenai hal ehwal dunia?

Yes 2:​3, 4; Yoh 15:19

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Yoh 6:​10-15—Selepas Yesus memberikan makanan kepada banyak orang secara mukjizat, mereka ingin menjadikannya raja, tetapi Yesus menolak

    • Yoh 18:​33-36—Yesus menjelaskan bahawa Kerajaannya tiada kaitan dengan politik dunia ini

Bagaimanakah kuasa suci Tuhan membantu kita menyembah Yehuwa?

Yoh 16:13; Ga 5:​22, 23

Lihat juga Kis 20:28; Ef 5:18

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kis 15:​28, 29—Badan pimpinan di Yerusalem dibimbing oleh kuasa suci Tuhan untuk membuat keputusan penting mengenai isu sunat

Bagaimanakah kita dapat meniru teladan Yesus yang membaktikan kehidupannya untuk berkhidmat kepada Tuhan?

Mengapakah orang Kristian yang telah membaktikan diri perlu dibaptis?

Mt 28:​19, 20; Kis 2:​40, 41; 8:12; 1Pt 3:21

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mt 3:​13-17—Yesus datang untuk melakukan kehendak Bapanya dan melambangkannya melalui pembaptisan

    • Kis 8:​26-39—Seorang pegawai tinggi Etiopia, yang merupakan pemeluk agama Yahudi, bersedia untuk dibaptis selepas belajar kebenaran mengenai Yesus Kristus