Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Wang

Wang

Mengapakah cinta akan wang bahaya?

Lihat “Cinta akan Kebendaan

Bagaimanakah Bible menunjukkan bahawa tidak salah untuk mencari wang demi menjaga keluarga?

Pkh 7:12; 10:19; Ef 4:28; 2Te 3:10; 1Ti 5:​8, 18

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 31:​38-42—Walaupun Laban memperlakukan Yakub dengan tidak adil, Yakub terus bekerja keras untuk menjaga keluarganya dan Yehuwa memberkati usahanya

    • Lu 19:​12, 13, 15-23—Daripada satu perumpamaan Yesus, kita belajar bahawa adalah biasa bagi orang untuk melaburkan wang supaya mendapat lebih banyak wang

Apakah yang Bible katakan tentang meminjam dan memberikan pinjaman wang?

Mengapakah bijak untuk mengelakkan hutang yang tidak perlu?

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ne 5:​2-8—Sesetengah orang Israel pada zaman Nehemia melayan orang yang meminjam wang dengan sangat teruk

    • Mt 18:​23-25—Perumpamaan Yesus mengingatkan kita bahawa orang yang gagal membayar hutang mungkin akan dihukum

Apakah langkah berjaga-jaga yang patut diambil oleh seseorang sebelum memulakan perniagaan, sama ada dengan orang yang tidak seiman, dengan rakan seiman, atau bahkan dengan saudara-mara?

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 23:​14-20—Semasa Abraham ingin mengebumikan Sara, dia membeli tanah dan gua di hadapan saksi supaya tiada orang yang mempertikaikan pembelian itu pada kemudian hari

    • Yer 32:​9-12—Semasa Yeremia membeli tanah daripada sepupunya, dia mencatatkan surat pembelian, membuat salinan, dan membayar wang itu di hadapan saksi

Mengapakah bijak untuk merancang cara membelanjakan wang anda?

Mengapakah kita tidak patut membiarkan perselisihan faham berkenaan wang menyebabkan perpecahan dalam sidang?

Bagaimanakah kita dapat menggunakan wang kita dalam cara yang akan membawa kebahagiaan sejati?