Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Pengenalan kepada Bahagian 11

Pengenalan kepada Bahagian 11

Bahagian ini ialah pengenalan kepada Kitab Yunani Kristian. Yesus lahir di pekan yang kecil. Keluarganya hidup sederhana. Dia bekerja dengan bapanya yang merupakan seorang tukang kayu. Yesuslah yang akan menyelamatkan manusia. Yehuwa memilihnya sebagai Raja Kerajaan-Nya di syurga. Ibu bapa, jelaskan kepada anak anda bahawa Yehuwa memilih keluarga Yesus dengan teliti. Maka, Yesus dapat membesar dalam persekitaran yang baik. Yehuwa juga melindungi Yesus daripada dibunuh oleh Raja Herodes. Tonjolkan bahawa kehendak Yehuwa pasti dilaksanakan. Perhatikan cara Yehuwa mempersiapkan Yohanes untuk menyediakan jalan bagi Yesus. Tekankan bagaimana Yesus menghargai nasihat Yehuwa yang bijaksana sejak kecil lagi.

DALAM BAHAGIAN INI

CERITA 68

Elisabet Melahirkan Seorang Anak Lelaki

Mengapakah suami Elisabet tidak dapat berkata-kata sehingga selepas anak mereka dilahirkan?

CERITA 69

Gabriel Melawat Maria

Dia menyampaikan berita yang telah mengubah kehidupan Maria.

CERITA 70

Malaikat Mengumumkan Kelahiran Yesus

Selepas mendengar berita daripada para malaikat, para gembala bertindak dengan segera.

CERITA 71

Yehuwa Melindungi Yesus

Seorang raja yang jahat ingin membunuh Yesus.

CERITA 72

Yesus yang Masih Muda

Mengapakah guru-guru agama di Rumah Tuhan berasa kagum terhadap Yesus?

CERITA 73

Yohanes Mempersiapkan Orang untuk Kedatangan Mesias

Selepas dewasa, Yohanes menjadi nabi dan mengajar orang tentang kedatangan Mesias. Apakah reaksi orang selepas mendengar ajarannya?