Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Surat daripada Badan Pimpinan

Surat daripada Badan Pimpinan

Kepada orang yang mengasihi Yehuwa dan Firman-Nya:

“Kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan membebaskan kamu,” kata Yesus. (Yohanes 8:32) Fikirkan kembali perasaan anda semasa anda mula-mula mengetahui kebenaran Bible. Anda pasti sangat teruja!​—2 Timotius 3:1.

Tuhan Yehuwa mahu kita mengetahui kebenaran. Dia mahu kita memberitahu orang lain tentang kebenaran kerana didorong oleh kasih. Selain itu, kita mesti berusaha sedaya upaya untuk hidup selaras dengan prinsip Yehuwa. Yesus memberitahu kita cara kita dapat membuktikan kasih kepada Tuhan. Dia berkata, “Jika kamu mematuhi perintah-perintahku, kamu akan tetap berada dalam kasihku, sebagaimana aku telah mematuhi perintah-perintah Bapa dan tetap berada dalam kasih-Nya.”​—Yohanes 15:10.

Yesus mengasihi Bapanya dan dia melakukan segala sesuatu yang disuruh oleh Bapanya. Jika kita meniru cara hidup Yesus, Yehuwa akan mengasihi kita dan kita akan hidup dengan bahagia. Yesus berkata, “Jika kamu mengetahui hal-hal ini, berbahagialah kamu jika kamu melakukannya.”​—Yohanes 13:17.

Kami berharap agar buku ini dapat membantu anda untuk belajar tentang kebenaran Bible, hidup selaras dengannya, dan menjadi sahabat Tuhan. Kami berdoa agar kasih anda untuk Tuhan akan menjadi semakin kuat, dan anda akan “tetap berada di bawah naungan kasih Tuhan.”​—Yudas 21.

Badan Pimpinan Saksi-Saksi Yehuwa