BAHAGIAN 2
Banjir hingga Pembebasan dari Mesir
Hanya lapan orang terselamat daripada Banjir yang besar. Namun, tidak lama kemudian, bilangan orang di bumi telah bertambah menjadi beribu-ribu orang. Abraham dilahirkan 352 tahun selepas Banjir. Kita akan membaca tentang bagaimana Tuhan telah menepati janji-Nya dengan memberikan seorang anak lelaki yang bernama Ishak kepada Abraham. Kemudian, antara dua orang anak lelaki Ishak, Yakub telah dipilih oleh Tuhan.
Yakub mempunyai sebuah keluarga yang besar. Dia mempunyai 12 orang anak lelaki dan beberapa orang anak perempuan. Sepuluh orang anak lelaki Yakub membenci adik mereka yang bernama Yusuf dan telah menjualnya untuk dijadikan sebagai seorang hamba di Mesir. Kemudian, Yusuf menjadi seorang pemerintah yang penting di Mesir. Apabila suatu kebuluran yang dahsyat berlaku, Yusuf menguji abang-abangnya untuk menentukan sama ada mereka telah berubah hati. Akhirnya, semua ahli keluarga Yakub, yakni orang Israel, telah berpindah ke Mesir. Hal ini berlaku 290 tahun selepas Abraham dilahirkan.
Selama 215 tahun yang seterusnya, orang Israel tinggal di Mesir. Selepas Yusuf mati, mereka menjadi hamba di sana. Kemudian, Musa dilahirkan, dan dia telah digunakan oleh Tuhan untuk membebaskan orang Israel dari Mesir. Dalam Bahagian KEDUA, kita akan membaca tentang sejarah Israel sepanjang 857 tahun.
DALAM BAHAGIAN INI
CERITA 12
Manusia Membina Menara Besar
Tuhan tidak senang hati, dan hukuman-Nya masih memberikan kesan kepada manusia hari ini.
CERITA 13
Abraham—Sahabat Tuhan
Mengapakah Abraham meninggalkan rumahnya yang selesa dan hidup dalam khemah sepanjang hayatnya?
CERITA 14
Kepercayaan Abraham Diuji
Mengapakah Tuhan memberitahu Abraham untuk mengorbankan anaknya, Ishak?
CERITA 16
Ishak Mendapat Isteri yang Baik
Mengapakah Ribka seorang isteri yang baik? Adakah kerana kecantikannya, atau sebab yang lain?
CERITA 17
Sepasang Kembar yang Berlainan
Bapa mereka, Ishak, lebih mengasihi Esau, tetapi ibu mereka, Ribka, lebih mengasihi Yakub.
CERITA 19
Keluarga Yakub yang Besar
Adakah 12 suku Israel dinamakan sempena nama 12 anak lelaki Yakub?
CERITA 21
Abang-Abang Yusuf Membencinya
Apakah yang menyebabkan abang-abang Yusuf ingin membunuh adik kandung mereka?
CERITA 22
Yusuf Dipenjarakan
Dia dipenjarakan bukan kerana dia melanggar undang-undang, tetapi kerana dia melakukan perkara yang betul.
CERITA 23
Mimpi-Mimpi Firaun
Tujuh ekor lembu dan tujuh bulir gandum dalam mimpi Firaun mempunyai erti yang sama.
CERITA 24
Yusuf Menguji Abang-abangnya
Bagaimanakah Yusuf dapat mengetahui sama ada mereka telah berubah atau tidak?
CERITA 25
Keluarga Yakub Berpindah ke Mesir
Mengapakah ahli keluarga Yakub dipanggil sebagai orang Israel dan bukannya orang Yakub?
CERITA 26
Ayub Setia kepada Tuhan
Ayub kehilangan harta, anak-anak, dan kesihatannya merosot. Adakah Tuhan menghukum Ayub?
CERITA 27
Raja yang Jahat Memerintah Mesir
Mengapakah dia memberikan perintah untuk membunuh semua bayi lelaki orang Israel?
CERITA 28
Bagaimana Seorang Bayi Diselamatkan
Ibunya mencari jalan agar anak lelakinya tidak akan dibunuh.
CERITA 29
Mengapa Musa Melarikan Diri
Meskipun Musa berfikir bahawa dia sudah bersedia untuk menyelamatkan orang Israel ketika dia berumur 40 tahun, dia sebenarnya belum lagi bersedia untuk tugas itu.
CERITA 30
Pokok Kecil yang Bernyala
Dengan melakukan beberapa mukjizat, Tuhan memberitahu bahawa masa sudah tiba untuk Musa memimpin orang Israel keluar dari Mesir.
CERITA 31
Musa dan Harun Menemui Firaun
Mengapa Firaun tidak menuruti permintaan Musa dan membebaskan orang Israel?
CERITA 32
Sepuluh Tulah
Tuhan mendatangkan 10 tulah atas orang Mesir kerana Firaun enggan membebaskan orang Israel.
CERITA 33
Menyeberangi Laut Merah
Musa membelah Laut Merah dengan kuasa Tuhan dan orang Israel berjalan atas tanah yang kering.