BAHAGIAN 4
Raja Israel yang Pertama hingga Menjadi Tawanan di Babilon
Saul menjadi raja Israel yang pertama. Tetapi selepas itu, Yehuwa tidak menerima Saul sebagai raja lagi. Daud dipilih untuk menggantikannya sebagai raja. Kita akan belajar lebih banyak lagi tentang Daud. Semasa Daud masih seorang pemuda, dia berlawan dengan seorang gergasi yang bernama Goliat. Selepas itu, dia melarikan diri daripada Raja Saul yang cemburu akannya. Kemudian, Abigail, seorang wanita yang jelita, telah menghalang Daud daripada melakukan sesuatu yang bodoh.
Seterusnya, kita akan belajar dengan lebih lanjut lagi tentang anak lelaki Daud yang bernama Salomo. Dia menggantikan ayahnya sebagai raja Israel. Tiga orang raja Israel yang pertama telah memerintah selama 40 tahun masing-masing. Selepas kematian Salomo, Israel telah dibahagikan kepada dua buah kerajaan, iaitu kerajaan utara dan kerajaan selatan.
Kerajaan utara yang terdiri daripada sepuluh suku bangsa Israel wujud selama 257 tahun sebelum dibinasakan oleh orang Asyur. Selepas itu, 133 tahun lagi berlalu sebelum kerajaan selatan yang terdiri daripada dua suku bangsa Israel dibinasakan juga. Pada masa ini, orang Israel telah dijadikan tawanan di Babilon. Jadi, Bahagian KEEMPAT meliputi sejarah selama 510 tahun. Banyak peristiwa yang menarik telah berlaku sepanjang masa ini.
DALAM BAHAGIAN INI
CERITA 56
Saul—Raja Pertama Israel
Pada mulanya, dia dipilih oleh Tuhan, tetapi kemudiannya dia tidak mendapat perkenan Tuhan. Kisah Saul memberi kita pengajaran yang penting.
CERITA 57
Tuhan Memilih Daud
Samuel tidak tahu mengapa Yehuwa memilih Daud. Apakah yang diperhatikan oleh Yehuwa dalam diri Daud?
CERITA 58
Daud dan Goliat
Daud melawan Goliat, bukan hanya dengan menggunakan ali-alinya, tetapi dengan senjata yang jauh lebih berkuasa.
CERITA 59
Daud Melarikan Diri
Pada mulanya, Saul senang hati dengan Daud, tetapi kemudiannya, dia mula cemburu dan ingin membunuh Daud. Mengapa?
CERITA 60
Abigail dan Daud
Abigail memanggil suaminya seorang yang bebal, namun Abigail masih menyelamatkan nyawanya.
CERITA 61
Daud Dijadikan Raja
Menerusi perbuatan Daud, dia menunjukkan bahawa dia memang layak menjadi raja Israel.
CERITA 62
Masalah dalam Rumah Tangga Daud
Dosa Daud membawa malapetaka kepada dia dan keluarganya selama bertahun-tahun.
CERITA 64
Salomo Membina Rumah Tuhan
Meskipun bijak, Salomo dipengaruhi untuk melakukan sesuatu yang salah dan tidak bijak.
CERITA 65
Sebuah Kerajaan Dibahagikan
Sebaik sahaja Yerobeam mula memerintah, dia menyebabkan rakyatnya melakukan perbuatan yang melanggar hukum Tuhan.
CERITA 66
Izebel—Permaisuri yang Fasiq
Dia tidak akan berhenti sehingga dia mendapat apa yang dia inginkan.
CERITA 67
Yosafat Percaya pada Yehuwa
Mengapakah angkatan tentera menuju ke medan pertempuran didahului oleh para penyanyi yang tidak bersenjata?
CERITA 68
Dua Budak Hidup Semula
Dapatkah orang yang sudah meninggal hidup semula? Hal ini pernah berlaku pada masa dahulu!
CERITA 69
Gadis Membantu Lelaki yang Berkuasa
Seorang gadis menunjukkan keberanian dan perbuatannya membawa berkat.
CERITA 70
Yunus dan Ikan Besar
Kisah ini mengajar Yunus untuk melakukan apa yang diperintahkan Yehuwa.
CERITA 71
Tuhan Menjanjikan Sebuah Firdaus
Firdaus pertama meliputi kawasan yang kecil, tetapi Firdaus ini akan meliputi seluruh bumi.
CERITA 72
Tuhan Membantu Raja Hizkia
Dalam satu malam, satu malaikat membunuh 185,000 tentera Asyur.
CERITA 73
Raja Baik yang Terakhir di Israel
Semasa masih remaja, Yosia melakukan sesuatu yang memerlukan keberanian.
CERITA 74
Lelaki yang Tidak Takut
Yeremia berasa terlalu muda untuk menjadi nabi, tetapi Tuhan tahu dia dapat melakukannya.
CERITA 76
Yerusalem Dimusnahkan
Mengapakah Tuhan membenarkan musuh Israel, Babilon, untuk memusnahkan Yerusalem?