Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

BAHAGIAN 5

Banjir Besar?​—Siapa yang Dengar? Siapa yang Tidak?

Banjir Besar?​—Siapa yang Dengar? Siapa yang Tidak?

Kebanyakan orang pada zaman Nuh berbuat jahat. Kejadian 6:5

Adam dan Hawa beranak cucu, maka bertambahlah orang di bumi. Kemudian, ada malaikat yang menyertai pemberontakan Syaitan.

Mereka membuat tubuh manusia untuk diri mereka agar dapat berkahwin dengan wanita di bumi. Isteri mereka kemudiannya melahirkan anak lelaki yang sangat ganas dan kuat.

Dunia penuh dengan orang yang jahat. Bible berkata bahawa “manusia di bumi sangat jahat. Hati dan fikiran mereka sentiasa dipenuhi kejahatan.”

Nuh mendengar cakap Tuhan dan membina sebuah bahtera. Kejadian 6:13, 14, 18, 19, 22

Nuh seorang yang baik. Yehuwa memberitahu Nuh bahawa Dia akan mendatangkan banjir yang besar untuk memusnahkan orang jahat.

Tuhan juga menyuruh Nuh membina sebuah perahu besar yang dipanggil bahtera. Nuh perlu membawa keluarganya dan semua jenis binatang ke dalam bahtera itu.

Nuh memberitahu orang bahawa Banjir akan datang, tetapi mereka tidak mendengarnya. Ada yang mengejek Nuh; ada yang membencinya.

Apabila bahtera siap dibina, Nuh membawa binatang ke dalamnya.