Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KOTAK MAKLUMAT 18A

Amaran Yehuwa tentang Perang yang Terbesar

Amaran Yehuwa tentang Perang yang Terbesar

Banyak nubuat dalam Bible mengandungi amaran tentang perang terbesar yang bakal tiba. Pada masa itu, Yehuwa akan melenyapkan musuh-Nya. Berikut merupakan beberapa nubuat itu. Perhatikan persamaan antara amaran-amaran yang disampaikan dan bahawa Yehuwa memastikan agar semua orang dapat mendengar amaran-Nya dan bertindak.

ZAMAN ISRAEL KUNO

YEHEZKIEL: “‘Di atas semua gunung-Ku, Aku akan mendatangkan pedang untuk melawan [Gog],’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”​—Yeh. 38:18-23.

YEREMIA: “[Yehuwa] akan menghakimi semua manusia, dan membinasakan orang jahat dengan pedang.”​—Yer. 25:31-33.

DANIEL: “Tuhan di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang . . . akan meremukkan dan mengakhiri semua kerajaan itu.”​—Dan. 2:44.

ABAD PERTAMA MASIHI

YESUS: “Akan berlakunya kesengsaraan besar yang tidak pernah berlaku semenjak permulaan dunia.”​—Mat. 24:21, 22.

PAULUS: “Yesus . . . bersama malaikat-malaikatnya yang perkasa . . . akan mendatangkan pembalasan terhadap mereka yang tidak mengenal Tuhan.”​—2 Tes. 1:6-9.

PETRUS: “Hari Yehuwa akan datang seperti pencuri . . . dan bumi serta segala perbuatan yang dilakukan di dalamnya akan didedahkan.”​—2 Ptr. 3:10.

YOHANES: “Daripada mulut [Yesus] keluar sebilah pedang yang tajam dan panjang supaya dia dapat membunuh bangsa-bangsa.”​—Why. 19:11-18.

ZAMAN MODEN

Bible ialah buku yang paling banyak diterjemahkan dan diedarkan

UMAT YEHUWA HARI INI . . .

  • Mengedarkan berbilion-bilion bahan bacaan Bible dalam ratusan bahasa

  • Menggunakan berjuta-juta jam setiap tahun untuk menginjil