Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KOTAK MAKLUMAT 20A

Cara Tanah Itu Dibahagikan

Cara Tanah Itu Dibahagikan

Gambaran yang terperinci tentang pembahagian tanah warisan meyakinkan para tawanan bahawa tanah air mereka akan dipulihkan. Apakah pengajarannya bagi kita? Mari kita kaji dua hal berikut:

Tempat masing-masing dan tugasan yang penting

Seperti dalam penglihatan Yehezkiel, para tawanan yang kembali akan diberikan tanah warisan. Hari ini, tidak kira sekecil mana pun peranan yang kita mainkan dalam organisasi Yehuwa, kita semua mempunyai tempat di firdaus rohani dan tugasan yang penting. Semua hamba Tuhan amat bernilai di mata-Nya.

Bahagian yang sama rata

Tanah yang dibahagikan secara sama rata membolehkan semua suku menikmati hasil tanah yang sama. Dewasa ini, kita semua berpeluang menikmati berkat-berkat di firdaus rohani.