Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KOTAK MAKLUMAT 2B

Yehezkiel​—Kehidupan dan Peristiwa pada Zamannya

Yehezkiel​—Kehidupan dan Peristiwa pada Zamannya

Nama Yehezkiel bermaksud “Tuhan Menguatkan.” Meskipun nubuat-nubuatnya mengandungi banyak amaran daripada Tuhan, secara keseluruhan mesejnya adalah selaras dengan maksud namanya kerana dia menguatkan iman orang yang ingin menjalankan ibadat sejati.

NABI-NABI SEZAMAN DENGANNYA

  • YEREMIA

    merupakan keturunan imam, dan sebahagian besar khidmatnya dijalankan di Yerusalem (647-580 SM)

  • HULDA

    berkhidmat semasa kitab Hukum Musa dijumpai di Rumah Tuhan sekitar 642 SM

  • DANIEL,

    berasal daripada suku Yehuda (raja-raja berasal daripada suku ini). Dia dibawa ke Babilon pada 617 SM

  • HABAKUK

    mungkin berkhidmat di Yehuda pada awal pemerintahan Yehoyakim

  • OBAJA

    menubuatkan penghakiman terhadap Edom mungkin sekitar masa Yerusalem dibinasakan

BILAKAH MEREKA BERNUBUAT? (SEMUA TARIKH SM)

PERISTIWA PENTING PADA ZAMAN YEHEZKIEL (SEMUA TARIKH SM)

  1. ±643: Lahir

  2. 617: Dibawa sebagai tawanan ke Babilon

  3. 613: Mula bernubuat; mendapat penglihatan daripada Yehuwa

  4. 612: Mendapat penglihatan tentang kemurtadan di Rumah Tuhan

  5. 611: Mendedahkan kejahatan Yerusalem

  6. 609: Isterinya meninggal dan Yerusalem dikepung buat kali terakhir

  7. 607: Mendengar tentang kemusnahan Yerusalem

  8. 593: Mendapat penglihatan tentang Rumah Tuhan

  9. 591: Menubuatkan bahawa Nebukadnezar akan menyerang Mesir; buku Yehezkiel disiapkan

RAJA-RAJA YEHUDA DAN BABILON

  1. 659-629: Yosia berusaha memulihkan ibadat sejati tetapi dia dibunuh semasa berperang melawan Firaun Nekho

  2. 628: Raja Yehoahas yang jahat telah memerintah selama tiga bulan, dan akhirnya dia ditawan oleh Firaun Nekho

  3. 628-618: Yehoyakim ialah raja yang jahat, dan dia memerintah di bawah kuasa Firaun Nekho

  4. 625: Nebukadnezar mengalahkan tentera Mesir

  5. 620: Nebukadnezar menyerang Yehuda buat kali pertama dan melantik Yehoyakim sebagai raja di Yerusalem yang memerintah di bawah kuasanya

  6. 618: Yehoyakim memberontak terhadap Nebukadnezar. Yehoyakim mungkin meninggal semasa Babilon menyerang Tanah yang Dijanjikan buat kali kedua

  7. 617: Yehoyakhin, juga dikenali sebagai Yekhonya, ialah raja yang jahat. Dia memerintah selama tiga bulan dan kemudiannya menyerah kalah kepada Nebukadnezar

  8. 617-607: Zedekia ialah seorang raja yang jahat dan tidak berpendirian. Dia dipilih untuk memerintah di bawah kuasa Nebukadnezar

  9. 609: Zedekia memberontak terhadap Nebukadnezar. Kemudiannya Nebukadnezar menyerang Yehuda buat kali ketiga

  10. 607: Nebukadnezar memusnahkan Yerusalem, menangkap Zedekia, membutakan matanya, dan membawanya ke Babilon