Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KOTAK MAKLUMAT 16B

Mengeluh dan Merintih, Membubuh Tanda, Membinasakan​—Bila dan Bagaimana?

Mengeluh dan Merintih, Membubuh Tanda, Membinasakan​—Bila dan Bagaimana?

Penglihatan di Yehezkiel bab 9 akan menjadi kenyataan lagi pada zaman moden. Dengan memahami apa yang akan berlaku, kita dapat menghadapi akhir sistem dunia ini dengan penuh keyakinan

“Mengeluh dan merintih”

BILA: Pada hari-hari terakhir, sebelum kesengsaraan besar

BAGAIMANA: Orang yang berhati jujur menunjukkan melalui kata-kata dan perbuatan bahawa mereka membenci kejahatan. Mereka menyambut mesej yang disebarkan melalui kerja menginjil, mengenakan keperibadian Kristian, membaktikan diri kepada Yehuwa, dibaptis, dan menyokong saudara-saudara Kristus

“Membubuh tanda”

BILA: Semasa kesengsaraan besar

BAGAIMANA: Lelaki yang membawa bekas alat tulis melambangkan Yesus Kristus sebagai Hakim semua bangsa. Orang yang ditandai sebagai biri-biri merupakan “kumpulan besar manusia” yang akan selamat mengharungi Armagedon

“Membinasakan”

BILA: Semasa Armagedon

BAGAIMANA: Yesus akan mengetuai angkatan tenteranya, iaitu para malaikat dan 144,000 raja yang memerintah bersamanya, untuk memusnahkan dunia jahat ini. Orang yang menjalankan ibadat sejati akan diselamatkan dan memasuki dunia yang baharu