KOTAK MAKLUMAT 13A
Dua Rumah Tuhan, Pengajaran yang Berbeza
Rumah Tuhan dalam Penglihatan Yehezkiel:
-
Disampaikan oleh Yehezkiel kepada tawanan Yahudi di Babilon
-
Mempunyai mazbah; banyak korban dipersembahkan di sana
-
Menekankan piawaian Yehuwa untuk ibadat sejati
-
Menghalakan tumpuan kita kepada pemulihan rohani yang bermula pada 1919
Rumah Rohani Tuhan:
-
Disampaikan oleh Paulus kepada orang Kristian yang berbangsa Ibrani
-
Mempunyai mazbah; hanya satu korban yang dipersembahkan “sekali untuk selama-lamanya” (Ibr. 10:10)
-
Menjelaskan apa yang dilambangkan oleh khemah suci dan Rumah Tuhan di bumi, iaitu aturan Yehuwa untuk beribadat kepada-Nya berdasarkan korban tebusan Yesus Kristus
-
Menghalakan tumpuan kita kepada kerja yang dilakukan Kristus sebagai Imam Agung bermula dari 29 M hingga 33 M