Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KOTAK MAKLUMAT 7B

Ungkapan Penting dalam Buku Yehezkiel

Ungkapan Penting dalam Buku Yehezkiel

“Anak Manusia”

LEBIH DARIPADA 90 KALI

Yehezkiel digelar sebagai “anak manusia” lebih daripada 90 kali. (Yeh. 2:1) Mengapa? Yehuwa sedang mengingatkan dia bahawa dia hanyalah manusia biasa walaupun dia diberikan banyak tugasan yang istimewa. Dalam Bible, Yesus juga digelar sebagai “Anak Manusia” kira-kira 80 kali. Gelaran ini menunjukkan bahawa dia ialah manusia sewaktu di bumi dan bukan sekadar malaikat yang menjelma sebagai manusia.​—Mat. 8:20.

“. . . Pasti Akan Tahu bahawa Akulah Yehuwa”

LEBIH DARIPADA 50 KALI

Yehezkiel menggunakan ungkapan orang “pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa” lebih daripada 50 kali. Ungkapan ini menegaskan bahawa hanya Yehuwalah yang layak menerima ibadat sejati.​—Yeh. 6:7.

“Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat”

LEBIH DARIPADA 210 KALI

Ungkapan “Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat” muncul lebih daripada 210 kali. Ungkapan ini menonjolkan nama dan kedudukan Yehuwa yang agung.​—Yeh. 2:4.