Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

BAHAGIAN TIGA

‘Aku Akan Mengumpulkan Kamu’​—Pemulihan Ibadat Sejati Dijanjikan

‘Aku Akan Mengumpulkan Kamu’​—Pemulihan Ibadat Sejati Dijanjikan

YEHEZKIEL 20:41

ISI UTAMA: Nubuat Yehezkiel tentang pemulihan ibadat sejati

Bangsa Israel berpecah belah akibat kemurtadan yang berlaku. Mereka sedang merana kerana telah mencemari ibadat sejati dan mencela nama Tuhan. Biarpun begitu, Yehuwa memberi Yehezkiel beberapa nubuat yang mengandungi harapan. Dengan menggunakan gambaran yang jelas dan penglihatan yang luar biasa, Yehuwa menguatkan para tawanan di Babilon dan semua orang yang menantikan masanya ibadat sejati dipulihkan.

DALAM BAHAGIAN INI

BAB 8

‘Aku Akan Melantik Seseorang untuk Menjadi Gembala Mereka’

Tuhan mengilhami Yehezkiel untuk mencatatkan nubuat tentang Mesias yang bakal menjadi raja dan gembala umat-Nya. Dia akan memulihkan ibadat sejati buat selama-lamanya.

BAB 9

“Aku Akan Membuat Mereka Bersatu Hati”

Apakah kaitan nubuat-nubuat yang disampaikan kepada tawanan Yahudi di Babilon dengan kita hari ini?

BAB 10

“Kamu Dapat Hidup Semula”

Yehezkiel mendapat penglihatan tentang sebuah dataran yang penuh dengan tulang kering yang hidup semula. Apakah maksudnya?

BAB 11

‘Aku Melantik Engkau Menjadi Penjaga’

Apakah peranan dan tanggungjawab seorang penjaga? Apakah amaran yang harus disampaikannya?

BAB 12

“Aku Akan Menyatukan Mereka”

Yehuwa berjanji untuk menyatukan umat-Nya.

BAB 13

“Gambarkanlah Rumah Itu”

Apakah erti Rumah Tuhan yang dilihat oleh Yehezkiel?

BAB 14

“Inilah Hukum Rumah Tuhan”

Apakah pengajaran yang diperoleh tawanan Yahudi daripada penglihatan Yehezkiel? Apakah pengajarannya bagi kita?