BAB 2
Cara Memelihara Hati Nurani yang Murni
“Hendaklah hati nurani kamu murni.”
1, 2. Mengapakah kompas merupakan alat yang sangat penting, dan mengapakah kompas boleh disamakan dengan hati nurani?
SEORANG pelaut mengemudikan kapalnya mengharungi lautan yang luas; seorang pengembara merentasi sebuah padang gurun yang terbiar; seorang juruterbang menerbangkan pesawatnya melintasi awan yang berkepul-kepul di langit. Tahukah anda apa persamaan antara individu-individu ini? Tanpa sebuah kompas, ketiga-tiga individu ini mungkin sesat.
2 Kompas merupakan sebuah alat ringkas yang mempunyai jarum magnetik yang menunjuk ke arah utara. Jika sebuah kompas berfungsi dengan baik dan digunakan seiringan peta yang tepat, kompas itu dapat menyelamatkan nyawa. Kompas boleh disamakan dengan hati nurani kita yang merupakan hadiah bernilai daripada Yehuwa. (Yakobus 1:17) Tanpa hati nurani, hidup kita pasti tidak tentu arah. Jika hati nurani digunakan dengan betul, kita dapat menjumpai dan mengikuti haluan hidup yang betul. Maka, marilah kita lihat apa itu hati nurani, dan bagaimana hati nurani berfungsi. Kemudian, kita akan membincangkan (1) bagaimana hati nurani kita dapat dilatih, (2) mengapa kita perlu mengambil kira hati nurani orang lain, dan (3) bagaimana hati nurani yang murni membawa faedah kepada kita.
APAKAH ITU HATI NURANI DAN BAGAIMANAKAH HATI NURANI BERFUNGSI?
3. Apakah maksud harfiah perkataan Yunani bagi “hati nurani,” dan hati nurani membolehkan manusia untuk melakukan apa?
3 Di dalam Bible, perkataan Yunani bagi “hati nurani” secara harfiah bermaksud “pengetahuan yang ada dalam diri kita.” Tidak seperti semua makhluk lain di bumi, Tuhan telah mengurniai kita kebolehan untuk mengetahui diri sendiri. Kita dapat memeriksa diri dan menilai sama ada apa yang kita lakukan adalah betul atau salah dari segi moral. Hati nurani kita berfungsi sebagai hakim dalam diri kita dan dapat mengadili tindak-tanduk, sikap, serta pilihan kita. Hati nurani boleh membimbing kita supaya membuat pilihan yang betul atau memberi amaran supaya kita terhindar daripada membuat pilihan yang salah. Jika pilihan yang baik dibuat, hati nurani kita akan berasa tenang; jika pilihan yang buruk dibuat, kita akan diseksa oleh hati nurani yang dibelenggu rasa bersalah.
4, 5. (a) Bagaimanakah kita tahu bahawa Adam dan Hawa masing-masing memiliki hati nurani, dan apakah akibatnya selepas mereka mengingkari hukum Tuhan? (b) Berikan contoh yang menunjukkan bagaimana hati nurani hamba-hamba Tuhan yang setia berfungsi.
4 Sejak mula lagi, manusia telah diciptakan dengan kebolehan ini. Adam dan Hawa masing-masing mempunyai hati nurani. Hal ini dibuktikan apabila mereka berasa malu selepas berdosa. (Kejadian 3:7, 8) Malangnya, hati nurani yang terganggu tidak dapat membantu mereka lagi pada masa itu. Mereka sengaja mengingkari hukum Tuhan. Maka, mereka telah memilih untuk menjadi pemberontak dan melawan Tuhan Yehuwa. Sebagai manusia yang sempurna, mereka tahu bahawa perbuatan mereka adalah salah, maka mereka tidak dapat kembali kepada Tuhan.
5 Tidak seperti Adam dan Hawa, ramai manusia yang tidak sempurna telah mendengarkan bisikan hati nurani mereka. Sebagai contoh, lelaki setia yang bernama Ayub telah berkata, “Aku tidak akan berhenti berkata bahawa aku benar; hati nuraniku tidak menyalahkan aku.” (Ayub 27:6, ABB) Ayub berhati-hati untuk melakukan apa yang dikehendaki Yehuwa. Dia mendengarkan hati nuraninya dengan saksama dan membenarkan hati nurani membimbing perbuatan serta pilihannya. Maka, dia dapat berkata dengan penuh yakin bahawa hati nuraninya tidak ‘menyalahkan dia.’ Dia tidak diseksa perasaan malu dan bersalah. Perhatikan perbezaan antara Ayub dengan Daud. Daud telah menunjukkan sikap tidak hormat terhadap Saul, iaitu raja yang diurapi oleh Yehuwa. “Tetapi setelah itu, Daud berasa bersalah kerana dia telah melakukan hal itu.” (1 Samuel 24:6, ABB) Hati nurani Daud yang dibelenggu perasaan bersalah sebenarnya membawa manfaat kepada dia dan mengajar dia supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.
6. Bagaimanakah kita tahu bahawa hati nurani dikurniakan kepada semua manusia?
6 Adakah hati nurani dikurniakan kepada hamba-hamba Yehuwa sahaja? Perhatikan kata-kata hawari Paulus yang terilham, “Orang bukan Yahudi tidak mempunyai Taurat, tetapi apabila mereka dengan kemahuan sendiri melakukan apa yang diperintahkan oleh Taurat, hal itu menunjukkan bahawa mereka mengetahui apa yang patut dan yang tidak patut dilakukan, walaupun mereka tidak mempunyai Taurat. Kelakuan mereka menunjukkan bahawa apa yang diperintahkan oleh Taurat tertulis di dalam hati mereka. Hati nurani mereka pun membuktikan hal itu, kerana fikiran Roma 2:14, 15, ABB) Maka, mereka yang langsung tidak mengenal hukum Yehuwa pun kadangkala terdorong oleh hati nurani mereka untuk bertindak selaras dengan prinsip Tuhan.
mereka kadangkala menyalahkan dan kadangkala membenarkan perbuatan mereka.” (7. Mengapakah hati nurani kadangkala boleh menyesatkan kita?
7 Tetapi, kadangkala hati nurani boleh menyesatkan kita. Bagaimanakah hal ini boleh terjadi? Jika sebuah kompas diletakkan berdekatan sebuah magnet, mungkin jarum kompas tersebut akan terpesong dan tidak lagi menunjuk ke arah utara. Dan jika digunakan tanpa sebuah peta yang tepat, kompas tersebut boleh dikatakan tidak berguna. Dalam cara yang sama, jika kita terlalu mementingkan diri dan terpengaruh oleh keinginan hati kita, hati nurani mungkin membenarkan kita melakukan hal yang salah. Dan jika hati nurani digunakan tanpa bimbingan Firman Tuhan, kita mungkin tidak dapat membezakan apa yang betul daripada apa yang salah dalam hal-hal yang penting. Sesungguhnya, jika kita ingin hati nurani kita berfungsi dengan betul, kita memerlukan bimbingan daya aktif Yehuwa. Paulus menulis, ‘Hati nuraniku dikuasai oleh Roh [daya aktif] Tuhan.’ (Roma 9:1) Tetapi, bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa hati nurani kita bertindak selaras dengan bimbingan daya aktif Yehuwa? Hati nurani kita perlu dilatih.
CARA MELATIH HATI NURANI KITA
8. (a) Bagaimanakah keinginan hati kita dapat mempengaruhi hati nurani, dan apakah perkara utama yang patut dipertimbangkan sebelum membuat keputusan? (b) Mengapakah hati nurani yang tenteram tidak selalu mencukupi bagi seorang Kristian? (Lihat nota kaki.)
8 Bagaimanakah anda dapat membuat keputusan berdasarkan hati nurani? Sesetengah orang membuat keputusan dengan sembarangan, tanpa berfikir panjang, dan mengikut gerak hati. Kemudian mereka mungkin berkata, “Hati nuraniku tidak terganggu.” Adakalanya keinginan hati kita sangat kuat sehingga dapat mempengaruhi hati nurani. Yeremia 17:9, ABB) Oleh itu, keinginan hati tidak patut dijadikan dasar utama semasa membuat sesuatu keputusan. Sebaliknya kita ingin mempertimbangkan terlebih dahulu apa yang akan menyenangkan hati Tuhan Yehuwa. *
Bible menyatakan, “Hati manusia tidak dapat difahami oleh sesiapa; hati manusia lebih licik daripada segala-galanya, dan penyakitnya terlalu parah.” (9. Apakah maksudnya takut akan Tuhan, dan bagaimanakah takut akan Tuhan dapat mempengaruhi hati nurani kita?
9 Jika kita membuat keputusan berdasarkan hati nurani yang terlatih, hal ini akan mencerminkan rasa takut akan Tuhan dan bukannya keinginan peribadi kita. Mari kita lihat sebuah contoh. Gabenor Nehemia yang setia berhak menuntut cukai dan bayaran tertentu daripada penduduk Yerusalem. Walaupun begitu, dia tidak berbuat demikian. Mengapa? Dia tidak ingin memurkakan Yehuwa dengan menindas umat-Nya. Dia berkata, ‘Aku tidak berbuat demikian kerana aku takut dan hormat akan Tuhan.’ (Nehemia 5:15) Takut akan Tuhan yang ikhlas, iaitu perasaan takut kerana kita tidak ingin menyakiti hati Bapa kita di syurga, adalah penting. Rasa takut akan Tuhan akan menggerakkan kita untuk mendapat bimbingan Firman Tuhan semasa membuat keputusan.
10, 11. Apakah prinsip-prinsip Bible yang perlu dipertimbangkan mengenai pengambilan minuman keras, dan bagaimanakah kita boleh mendapat bimbingan Tuhan untuk menerapkan prinsip-prinsip ini?
10 Sebagai contoh, marilah kita berbincang tentang minuman keras. Kadangkala, kita mungkin perlu membuat keputusan Bible tidak mengutuk pengambilan minuman keras secara sederhana. Sebenarnya, Bible memuji Yehuwa kerana menghasilkan wain untuk menghiburkan hati. (Mazmur 104:14, 15) Walau bagaimanapun, Bible mengutuk pengambilan minuman keras secara berlebihan dan pesta liar. (Lukas 21:34; Roma 13:13) Selain itu, Bible menyenaraikan pemabukan dengan dosa lain yang sangat serius seperti perbuatan seks yang haram dan perzinaan. *
11 Seraya seorang Kristian mempelajari dan menerapkan prinsip-prinsip sebegini, hati nuraninya dididik dan menjadi peka. Maka, apabila kita perlu membuat keputusan untuk minum atau tidak semasa menghadiri sebuah jamuan, kita akan tanya soalan-soalan ini: “Mengapakah jamuan ini diadakan? Mungkinkah jamuan ini menjadi tidak terkawal lalu menjadi pesta liar? Apakah kecenderungan saya terhadap pengambilan minuman keras? Adakah saya teringin sangat meminum minuman keras, bergantung padanya, dan memerlukannya untuk melarikan diri daripada masalah? Bolehkah saya mengawal diri dan memastikan saya tidak minum secara berlebihan?” Seraya kita merenungkan prinsip Bible dan soalan-soalan yang timbul, kita patut berdoa meminta bimbingan Yehuwa. (Mazmur 139:23, 24) Dengan berbuat demikian, kita sedang menjemput Yehuwa untuk membimbing kita dengan menggunakan daya aktif-Nya. Kita juga sedang melatih hati nurani kita untuk berfungsi selaras dengan prinsip Tuhan. Tetapi, kita patut mempertimbangkan satu lagi faktor semasa membuat keputusan.
MENGAPA HATI NURANI ORANG PATUT DIAMBIL KIRA
12, 13. Berikan beberapa sebab mengapa hati nurani orang Kristian berbeza-beza, dan bagaimanakah hal ini patut mempengaruhi keputusan kita?
12 Kadangkala anda mungkin hairan kerana hati nurani dua orang Kristian menggerakkan mereka untuk membuat keputusan yang amat berbeza. Seorang mungkin berpendapat bahawa suatu adat atau kebiasaan adalah salah; bagi seorang lagi, adat atau kebiasaan itu tidak salah, malah menyeronokkan. Sebagai contoh, dalam soal minuman keras, seorang saudara suka minum alkohol bersama kawan-kawannya semasa berehat pada waktu petang manakala seorang saudara yang lain tidak bersetuju dengan amalan ini. Mengapakah terdapat perbezaan sebegini, dan bagaimanakah hal ini patut mempengaruhi keputusan kita?
13 Terdapat banyak alasan mengapa orang berbeza-beza. Latar belakang setiap orang sangat berlainan. Ada yang sangat peka bahawa mereka mempunyai kelemahan tertentu, misalnya kelemahan yang berkaitan dengan pengambilan minuman keras. Pada masa lampau mereka mungkin terpaksa bergelut dengan kelemahan ini tetapi tidak selalu berjaya mengatasinya. (1 Raja-Raja 8:38, 39) Jika individu sedemikian melawat ke rumah anda, mungkin hati nuraninya yang sangat sensitif mendorong dia untuk menolak minuman keras yang dihidangkan kepadanya. Mungkin dia tidak ingin memberitahu alasannya ketika itu. Adakah anda akan tersinggung? Adakah anda akan memaksa dia? Tidak. Sama ada anda mengetahui alasannya atau tidak, kasih persaudaraan akan membantu anda untuk bertimbang rasa.
14, 15. Hati nurani orang Kristian pada abad pertama berbeza-beza berkenaan isu apa, dan apakah nasihat Paulus?
14 Hawari Paulus telah memerhatikan bahawa sering kali terdapat jurang perbezaan antara hati nurani orang Kristian abad pertama. Pada masa itu, sesetengah makanan yang dijual di pasar dipersembahkan kepada berhala terlebih dahulu. 1 Korintus 10:25) Bagi Paulus, hal ini tidak mengganggu hati nuraninya. Dia percaya bahawa berhala tidak bernyawa, dan semua makanan diciptakan dan dimiliki oleh Yehuwa, bukannya berhala. Namun demikian, Paulus memahami bahawa orang lain tidak bersependapat dengannya. Sebelum memeluk agama Kristian, mungkin ada antara mereka yang kuat menyembah berhala. Maka, apa-apa yang mempunyai kaitan dengan berhala merupakan sesuatu yang menjijikkan bagi mereka. Jadi, apakah yang dilakukan Paulus?
Amalan ini mengganggu hati nurani sesetengah orang Kristian. (15 Paulus berkata, ‘Kita yang mempunyai kepercayaan teguh harus menolong orang yang lemah keyakinan untuk memikul beban mereka. Janganlah kita lakukan hal-hal yang menyenangkan hati kita sahaja. Kita berbuat Roma 15:1, 3, ABB) Paulus menyimpulkan bahawa kita patut meniru teladan Kristus dengan mengutamakan kepentingan saudara saudari kita dan bukannya kepentingan diri sendiri. Dalam perbincangan yang berkaitan dengan hal ini, Paulus berkata bahawa lebih baik dia tidak makan daging daripada menyebabkan seseorang tersandung, memandangkan Kristus telah mengorbankan nyawanya bagi orang itu.
16. Mengapakah mereka yang memiliki hati nurani yang sensitif tidak patut menghakimi orang lain?
16 Sebaliknya, mereka yang memiliki hati nurani yang sensitif tidak patut mengkritik orang lain, ataupun berkeras mahu orang lain mempunyai pandangan yang sama dengan mereka. (Roma 14:10) Hati nurani sebaik-baiknya digunakan untuk memeriksa diri sendiri dan bukannya digunakan sebagai alasan untuk menghakimi orang lain. Ingatlah kata-kata Yesus, ‘Jangan hakimi orang lain, supaya Tuhan tidak menghakimi kamu juga.’ (Matius 7:1, ABB) Semua orang di sidang harus mengelak daripada bertikam lidah tentang hal-hal yang berkaitan dengan hati nurani. Sebaliknya, kita mahu memupuk kasih dan menggalakkan perpaduan; kita mahu membina dan bukannya melemahkan semangat satu sama lain.
HATI NURANI YANG MURNI MEMBAWA FAEDAH
17. Apakah keadaan hati nurani ramai orang hari ini?
17 Hawari Petrus menulis, “Hendaklah hati nurani kamu murni.” (1 Petrus 3:16) Hati nurani yang murni dari pandangan Tuhan Yehuwa merupakan anugerah yang sangat berharga. Walau bagaimanapun, hati nurani ramai orang tidak murni hari ini. Paulus menyatakan bahawa “mereka tidak mempunyai perasaan malu lagi. Mereka menuruti segala hawa nafsu dan terus-menerus melakukan segala perkara yang tidak senonoh.” (Efesus 4:19, ABB) Seperti yang digambarkan di dalam ayat ini, hati nurani ramai orang tidak lagi peka dan tidak mengeluarkan amaran. Mereka berasa lega kerana dapat melakukan perkara-perkara yang jahat tanpa diganggu oleh perasaan malu atau bersalah.
18, 19. (a) Apakah faedah rasa malu atau bersalah? (b) Apakah yang boleh kita lakukan jika hati nurani terus menyeksa kita walaupun kita sudah bertaubat?
18 Sebenarnya, apabila kita berasa bersalah, hati nurani kita mungkin sedang memberitahu kita bahawa kita telah berdosa. Rasa bersalah ini dapat mendorong seseorang untuk bertaubat, dan dosa yang paling serius pun dapat diampunkan. Sebagai contoh, walaupun Raja Daud telah melakukan dosa yang besar, dia diampunkan khususnya kerana dia bertaubat dengan ikhlas. Dia membenci perbuatannya yang salah dan sejak itu bertekad untuk mematuhi hukum Mazmur 51:3-21; 86:5) Tetapi, bagaimana pula jika kita terus dibelenggu rasa malu dan bersalah walaupun kita telah bertaubat?
Yehuwa. Maka, dia sendiri dapat merasakan bahawa Yehuwa “baik dan suka mengampuni.” (19 Kadangkala hati nurani menyeksa atau menghukum kita dengan perasaan bersalah, walaupun dosa kita sudah diampunkan Tuhan. Jika hal ini berlaku, kita perlu meyakinkan diri bahawa ‘Tuhan lebih besar daripada hati nurani’ dan perasaan kita. Kita perlu mempercayai dan menerima kasih dan pengampunan Yehuwa sebagaimana kita menggalakkan orang lain untuk berbuat demikian. (1 Yohanes 3:19, 20) Selain itu, hati nurani yang bersih membawa kedamaian jiwa, ketenangan hati, serta sukacita mendalam yang jarang dijumpai dalam dunia ini. Ramai yang melakukan dosa yang serius pada suatu masa dahulu kini menikmati kelegaan hati sedemikian dan memiliki hati nurani yang murni seraya menyembah Tuhan Yehuwa.
20, 21. (a) Buku ini disediakan untuk membantu anda melakukan apa? (b) Sebagai seorang Kristian, kita menikmati kebebasan apa, namun bagaimanakah kita patut menggunakan kebebasan ini?
20 Buku ini disediakan untuk membantu anda menikmati sukacita sedemikian agar anda dapat mengharungi hari-hari terakhir sistem dunia Syaitan yang penuh dengan masalah ini sambil memelihara hati nurani yang murni. Sudah tentu, buku ini tidak dapat meliputi setiap hukum dan prinsip Tuhan yang perlu anda renungkan dan terapkan dalam kehidupan seharian. Anda tidak akan diberikan senarai peraturan secara hitam putih mengenai hal-hal yang berkaitan dengan hati nurani. Matlamat buku ini adalah untuk membantu anda menerapkan prinsip Tuhan dalam kehidupan seharian agar hati nurani anda dididik dan menjadi lebih peka. Di bawah Hukum Musa orang dikehendaki mengikut peraturan yang tertulis. Tetapi di bawah “perintah Kristus” kita digalakkan untuk menggunakan hati nurani dan Galatia 6:2) Maka, Yehuwa telah mengurniai orang Kristian kebebasan yang amat besar. Walaupun begitu, Firman-Nya mengingati kita supaya tidak menggunakan kebebasan ini “untuk menutupi kejahatan.” (1 Petrus 2:16) Sebenarnya, kebebasan ini memberi kita peluang yang istimewa untuk menunjukkan kasih kita terhadap Yehuwa.
prinsip Bible. (21 Dengan berdoa dan mempertimbangkan cara yang terbaik untuk menerapkan prinsip Bible dalam kehidupan, anda sedang meneruskan proses yang telah anda mulakan sejak anda mengenal Yehuwa. Anda sedang melatih daya tanggapan untuk “membezakan yang baik daripada yang jahat.” (Ibrani 5:14) Hati nurani yang dilatih oleh prinsip Bible akan membawa manfaat kepada anda setiap hari. Seperti kompas yang membantu seorang pengembara mencari jalannya, hati nurani akan membantu anda membuat keputusan yang menyenangkan hati Bapa anda di syurga. Dengan demikian, anda pasti akan terus berada di bawah naungan kasih Tuhan.
^ per. 8 Bible menunjukkan bahawa sekadar memiliki hati nurani yang tenteram tidak mencukupi. Sebagai contoh, Paulus berkata “Aku tidak berasa bersalah, tetapi hal itu tidak membuktikan bahawa aku tidak bersalah. Tuhan sahaja yang berhak menentukan sama ada aku bersalah atau tidak.” (1 Korintus 4:4, ABB) Mereka yang menganiaya orang Kristian, seperti yang pernah dilakukan oleh Paulus, dapat melakukan hal itu dengan hati nurani yang tenteram kerana berfikir bahawa Tuhan memperkenankan perbuatan mereka. Oleh itu, hati nurani kita mesti murni, baik dari pandangan kita mahupun dari pandangan Tuhan.
^ per. 10 Menurut ramai doktor, orang yang ketagihan alkohol tidak boleh meminum minuman keras walaupun secara sederhana. Untuk mereka, “sederhana” bermaksud tidak meminum sama sekali.