BAB 10
Perkahwinan —Kurniaan Tuhan yang Penyayang
“Tiga utas tali yang dipintal menjadi satu, susah diputuskan.”
1, 2. (a) Berkenaan mereka yang baru berkahwin, apakah soalan yang mungkin kita tanya, dan mengapa? (b) Apakah soalan-soalan yang akan kita bincangkan dalam bab ini?
ADAKAH anda suka menghadiri majlis perkahwinan? Ramai orang suka kerana peristiwa sedemikian sangat menyeronokkan. Pasangan pengantin berpakaian cantik, dan senyuman lebar terukir di bibir mereka. Pada hari itu mereka berasa sangat gembira dan masa depan mereka nampaknya penuh dengan harapan!
2 Walaupun begitu, kita mesti mengakui bahawa keruntuhan institusi perkahwinan sedang berlaku hari ini. Kita menginginkan yang terbaik bagi pasangan yang baru berkahwin, tetapi kita mungkin tertanya-tanya, “Adakah perkahwinan ini akan membawa kebahagiaan? Adakah perkahwinan ini akan berkekalan?” Jawapan kepada soalan-soalan ini bergantung pada sama ada suami dan isteri mempercayai dan menerapkan nasihat Tuhan tentang perkahwinan. (Amsal 3:5, 6) Mereka perlu berbuat demikian agar dapat terus hidup di bawah naungan kasih Tuhan. Sekarang, marilah kita bincangkan jawapan Bible kepada empat soalan yang berikut: Apakah sebabnya seseorang berkahwin? Jika anda berkahwin, siapakah yang patut anda pilih sebagai jodoh? Bagaimanakah anda dapat membuat persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Dan apakah yang dapat membantu pasangan suami isteri untuk terus hidup bahagia?
MENGAPA BERKAHWIN?
3. Mengapakah tidak bijak untuk berkahwin atas sebab yang remeh-temeh?
3 Sesetengah orang percaya bahawa perkahwinan merupakan kunci kebahagiaan, iaitu seseorang tidak akan menikmati kepuasan atau sukacita selagi dia tidak menemui jodoh. Hal ini tidak benar! Yesus, seorang lelaki bujang, menyatakan bahawa hidup membujang adalah suatu kurniaan, dan dia menggalakkan orang untuk hidup membujang jika mereka sanggup berbuat demikian. (Matius 19:11, 12) Hawari Paulus juga membincangkan kebaikan hidup membujang. (1 Korintus 7:32-38) Tetapi Yesus dan Paulus tidak mengenakan syarat bahawa kita semua mesti membujang. Sebenarnya, ajaran “supaya tidak berkahwin” merupakan salah satu “ajaran roh jahat.” (1 Timotius 4:1-3) Namun begitu, hidup membujang menawarkan banyak kelebihan bagi mereka yang ingin menumpukan perhatian sepenuhnya dalam khidmat kepada Yehuwa. Maka, adalah tidak bijak untuk berkahwin atas sebab yang remeh-temeh, seperti tekanan daripada rakan sebaya.
4. Bagaimanakah perkahwinan yang baik menyediakan asas untuk kehidupan keluarga?
4 Sebaliknya, terdapat alasan-alasan yang baik untuk berkahwin. Perkahwinan pun merupakan kurniaan daripada Tuhan kita yang penyayang. (Kejadian 2:18) Maka, perkahwinan mempunyai kelebihan tertentu dan boleh membawa berkat. Sebagai contoh, perkahwinan yang baik merupakan asas yang terbaik bagi kehidupan keluarga. Anak-anak memerlukan ibu bapa untuk membesarkan mereka dalam suasana stabil yang disertai kasih, disiplin, dan bimbingan. (Mazmur 127:3; Efesus 6:1-4) Walaupun begitu, membesarkan anak bukanlah satu-satunya alasan untuk berkahwin.
5, 6. (a) Menurut Pengkhutbah 4:9-12, apakah beberapa manfaat yang datang daripada persahabatan yang erat? (b) Bagaimanakah sebuah perkahwinan boleh disamakan dengan tiga utas tali yang dipintal menjadi satu?
6 Pada asasnya, ayat Bible ini merujuk kepada nilai persahabatan. Sememangnya perkahwinan merupakan persahabatan yang paling erat. Seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut, penyatuan sebegini dapat membawa bantuan, kelegaan hati, dan perlindungan. Secara tidak langsung ayat tersebut menunjukkan bahawa dua utas tali yang dipintal senang diputuskan, tetapi tiga utas tali yang dipintal menjadi satu jauh lebih sukar untuk diputuskan. Begitu juga, jika sebuah perkahwinan hanya melibatkan suami dan isteri, perkahwinan itu tidaklah begitu kuat. Tetapi jika suami dan isteri mengutamakan Yehuwa dan berusaha sedaya upaya untuk menyenangkan hati-Nya, maka perkahwinan mereka boleh disamakan dengan tiga utas tali yang dipintal menjadi satu. Ikatan perkahwinan itu sangat kukuh kerana Yehuwa merupakan sebahagian penting dalam perkahwinan mereka.
7, 8. (a) Apakah nasihat Paulus bagi orang Kristian bujang yang bergelut dengan keinginan seksual? (b) Apakah pandangan realistik dalam Bible mengenai perkahwinan?
7 Selain itu, satu-satunya cara yang betul untuk memuaskan Amsal 5:18) Walaupun seseorang yang belum berkahwin melepasi umur yang mana nafsu seks adalah sangat kuat, dia mungkin masih bergelut dengan keinginan seksual. Jika keinginan sebegini tidak dikawal, seseorang boleh terperangkap dalam perbuatan yang najis atau yang tidak senonoh. Paulus diilhami untuk menulis nasihat ini bagi orang bujang, “Jika kamu tidak dapat menahan nafsu, maka berkahwinlah. Lebih baik kamu berkahwin daripada nafsu berahi kamu berkobar-kobar.”
8 Tidak kira apa yang mendorong seseorang untuk berkahwin, dia harus mempunyai pandangan yang realistik. Seperti yang dikatakan Paulus, mereka yang berkahwin akan “menghadapi banyak kesusahan.” (1 Korintus 7:28) Mereka yang berkahwin menghadapi cabaran yang tidak dihadapi orang bujang. Tetapi, jika anda memilih untuk berkahwin, bagaimanakah anda dapat mengurangkan cabaran yang mungkin dihadapi dan menikmati lebih banyak berkat? Satu cara adalah dengan memilih teman hidup anda dengan bijak.
CARA MEMILIH TEMAN HIDUP YANG BAIK
9, 10. (a) Apakah nasihat Paulus mengenai bahayanya menjalin hubungan erat dengan orang yang tidak menyembah Yehuwa? (b) Apakah yang sering kali berlaku apabila seseorang tidak mengendahkan nasihat Tuhan lalu berkahwin dengan orang yang bukan penyembah Yehuwa?
9 Paulus diilhami untuk menulis prinsip yang sangat penting yang patut diterapkan semasa memilih teman hidup: “Janganlah cuba bekerjasama dengan orang yang tidak percaya kepada Kristus [dalam bahasa Yunani asal: “Janganlah memikul kuk secara tidak seimbang bersama orang yang tidak sekepercayaan”].” (2 Korintus 6:14) Perumpamaan Paulus adalah berdasarkan kehidupan seorang petani. Jika dua ekor binatang yang mempunyai saiz atau kekuatan yang berbeza diletakkan di bawah satu kuk, kedua-dua binatang itu akan merana. Begitu juga, jika seorang penyembah Yehuwa berkahwin dengan seorang yang tidak menyembah Yehuwa, sudah tentu mereka akan mengalami konflik dan ketegangan. Jika seorang teman ingin terus hidup di bawah naungan kasih Yehuwa, tetapi yang seorang lagi enggan atau tidak berminat untuk berbuat demikian, mereka tidak akan mempunyai keutamaan hidup yang sama dan hal ini boleh membawa banyak penderitaan. Maka, Paulus menggesa kita untuk hanya berkahwin dengan orang yang sekepercayaan.
10 Tetapi beberapa orang Kristian bujang telah menyimpulkan bahawa adalah lebih baik untuk menjalin ikatan yang tidak seimbang daripada menanggung kesepian. Ada yang memilih untuk tidak mengendahkan nasihat Bible lalu berkahwin dengan seseorang yang tidak menyembah Yehuwa. Sering kali, akibatnya sangat menyedihkan. Mereka mendapati bahawa mereka tidak dapat berkongsi perkara-perkara yang paling penting dalam kehidupan dengan pasangan mereka. Kesunyian yang mereka hadapi jauh lebih menusuk daripada kesunyian yang dihadapi sebelum berkahwin. Mujurlah terdapat beribu-ribu orang Kristian bujang yang mempercayai dan setia mengikut nasihat Tuhan dalam hal ini. (Mazmur 32:8) Walaupun mereka berharap dapat berkahwin suatu hari nanti, mereka memilih untuk hidup membujang sehingga menjumpai pasangan dalam kalangan penyembah Tuhan Yehuwa.
11. Apakah yang dapat membantu anda memilih teman hidup dengan bijak? (Lihat juga kotak “ Siapakah Pasangan Hidup yang Sesuai?”)
11 Sudah tentu, bukan semua orang yang menyembah Yehuwa sesuai dijadikan teman hidup. Jika anda ingin berkahwin, carilah seseorang yang sangat mengasihi Tuhan dan mempunyai personaliti serta matlamat rohani yang serasi dengan anda. Golongan hamba yang setia telah menyediakan *
12. Sehubungan dengan perkahwinan, apakah adat yang diamalkan di banyak negara, dan apakah contoh Bible yang dapat memberikan bimbingan?
12 Di banyak negara, adat memilih pasangan bagi anak adalah perkara biasa. Dalam budaya sedemikian, ibu bapa dikatakan mempunyai lebih banyak kebijaksanaan dan pengalaman untuk membuat pilihan penting ini. Perkahwinan yang diaturkan sering kali berjaya, sama seperti pada zaman Bible. Contoh Abraham yang mengutus hambanya untuk mencari isteri bagi Ishak menyediakan teladan baik bagi ibu bapa yang perlu melakukan perkara yang sama hari ini. Wang dan kedudukan sosial tidak diutamakan oleh Abraham. Sebaliknya, dia mencurahkan banyak usaha untuk memastikan bahawa isteri yang dipilih untuk Ishak adalah dari kalangan penyembah Yehuwa. *
CARA MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK PERKAHWINAN YANG BERJAYA
13-15. (a) Bagaimanakah prinsip di Amsal 24:27 dapat membantu seorang lelaki muda yang ingin berkahwin? (b) Apakah yang dapat dilakukan oleh seorang wanita muda sebagai persediaan sebelum berkahwin?
13 Jika anda mahu mengorak langkah ke alam perkahwinan,
tanyalah diri, “Adakah saya benar-benar bersedia?” Jawapannya tidak hanya bergantung pada perasaan anda tentang cinta, seks, keinginan untuk seorang teman, atau keinginan untuk mendapat cahaya mata. Sebaliknya, terdapat matlamat-matlamat khusus yang perlu difikirkan oleh setiap orang yang bakal menjadi seorang suami atau isteri.14 Seorang lelaki muda yang sedang mencari seorang isteri perlu merenungkan prinsip ini: “Jangan bina rumah sebelum ladang kamu siap. Jangan dirikan rumah tangga sebelum kamu sanggup mencari nafkah.” (Amsal 24:27, ABB) Apakah yang dimaksudkan? Pada zaman dahulu, jika seorang lelaki ingin ‘mendirikan rumah tangga,’ dia perlu bertanya, “Adakah saya bersedia untuk menjaga dan menampung kehidupan seorang isteri? Bagaimana pula dengan anak-anak yang mungkin dilahirkan?” Dia perlu mencari nafkah terlebih dahulu, iaitu dengan menjaga ladang atau tanamannya. Prinsip yang sama boleh diterapkan hari ini. Seorang lelaki yang ingin berkahwin perlu bersedia untuk memikul tanggungjawabnya. Dia mesti bekerja selagi keadaan fizikalnya mengizinkan. Firman Tuhan menunjukkan bahawa lelaki yang tidak menjaga keperluan fizikal, emosi, dan rohani keluarganya lebih teruk daripada orang yang tidak berkepercayaan!
15 Dalam cara yang sama, seorang wanita yang membuat keputusan untuk berkahwin sedar bahawa dia perlu memikul tanggungjawab-tanggungjawab yang berat. Bible menceritakan tentang seorang isteri yang mempunyai kemahiran dan sifat-sifat yang terpuji. Inilah yang diperlukan oleh seorang isteri untuk membantu suaminya dan menjaga keluarganya. (Amsal 31:10-31) Lelaki dan wanita yang tergesa-gesa untuk berkahwin tanpa membuat persediaan untuk memikul tanggungjawab yang terlibat sebenarnya mementingkan diri. Mereka gagal memikirkan apa yang dapat diberikan kepada pasangan yang bakal dikahwini. Tetapi, persediaan yang terpenting bagi mereka yang ingin berkahwin ialah persediaan rohani.
16, 17. Apakah prinsip-prinsip Bible yang perlu direnungkan oleh mereka yang membuat persediaan untuk berkahwin?
16 Seseorang yang sedang membuat persediaan untuk berkahwin perlu merenungkan peranan yang diberikan oleh Tuhan kepada suami dan isteri. Seorang lelaki perlu tahu apa yang terangkum dalam peranannya sebagai kepala keluarga. Peranan ini tidak mengizinkannya untuk berkelakuan zalim. Sebaliknya dia mesti meniru cara Yesus memainkan peranannya sebagai kepala sidang. (Efesus 5:23) Dalam cara yang sama, seorang wanita Kristian perlu memahami peranannya sebagai seorang isteri. Adakah dia sanggup ‘taat kepada suaminya’? (Efesus 5:22) Dia sudah pun berada di bawah kekuasaan Yehuwa dan Kristus. (1 Korintus 11:3) Jika dia berkahwin, dia mesti tunduk kepada kekuasaan suaminya juga. Dapatkah dia menyokong dan memperlihatkan ketundukan kepada kekuasaan seorang lelaki yang tidak sempurna? Jika dia tidak sanggup berbuat demikian, lebih baik dia tidak berkahwin.
17 Selain itu, suami isteri perlu bersedia untuk menjaga keperluan khas teman masing-masing. (Filipi 2:4) Paulus menulis, “Setiap suami harus mengasihi isterinya seperti dia mengasihi dirinya sendiri, dan setiap isteri harus menghormati suaminya.” Di bawah bimbingan daya aktif Tuhan, Paulus menyatakan bahawa lelaki khususnya perlu merasai bahawa isterinya menghormatinya secara mendalam. Dan wanita khususnya perlu merasai kasih sayang suaminya.
Semasa berdating, pasangan yang bijak memastikan bahawa orang lain mengiringi mereka
18. Mengapakah pasangan yang berdating patut memperlihatkan kawalan diri?
18 Maka, masa berdating, atau berpacaran, bukanlah masa untuk hanya berseronok. Inilah masanya untuk seorang lelaki dan wanita belajar cara yang betul untuk 1 Tesalonika 4:6) Jadi, jika anda sedang berdating, perlihatkanlah kawalan diri! Anda dapat memanfaatkan sifat ini sepanjang hidup anda, tidak kira sama ada anda berkahwin atau tidak.
memperlakukan satu sama lain, dan untuk menilai sama ada mereka patut berkahwin. Masa berdating juga merupakan masa untuk memperlihatkan kawalan diri. Mengapa? Secara semula jadi godaan untuk menjadi intim antara dua orang yang dilamun cinta adalah sangat kuat. Walau bagaimanapun, mereka yang benar-benar mengasihi satu sama lain akan menghindari perbuatan yang boleh memudaratkan kerohanian orang yang dikasihi. (BAGAIMANAKAH PERKAHWINAN ANDA DAPAT BERKEKALAN?
19, 20. Bagaimanakah pandangan seorang Kristian terhadap perkahwinan berbeza daripada pandangan ramai orang di dunia hari ini? Berikan perumpamaan.
19 Jika suami isteri ingin perkahwinan mereka berkekalan, mereka perlu mempunyai pandangan yang betul tentang komitmen. Dalam novel dan filem, perkahwinan bahagia merupakan kesudahan yang diidamkan orang. Tetapi dalam dunia sebenar, perkahwinan bukanlah suatu kesudahan. Perkahwinan merupakan suatu permulaan, dan aturan ini diasaskan oleh Tuhan untuk bertahan buat selama-lamanya. (Kejadian 2:24) Malangnya, kebanyakan orang hari ini tidak mempunyai pandangan sebegini. Dalam sesetengah budaya, orang mengatakan bahawa perkahwinan boleh diumpamakan kepada simpulan atau ikatan. Mereka mungkin tidak sedar bahawa perumpamaan ini tepat menggambarkan pandangan kebanyakan orang tentang perkahwinan. Mengapakah kita berkata demikian? Simpulan yang baik boleh bertahan, tetapi pada masa yang sama simpulan itu juga dapat diikat dan dibuka dengan mudah.
20 Ramai hari ini menganggap perkahwinan sebagai ikatan yang bersifat sementara. Mereka tergesa-gesa berkahwin kerana berfikir bahawa keperluan mereka dapat dipuaskan, tetapi sebaik sahaja timbulnya cabaran mereka menjangka bahawa mereka dapat mengakhiri perkahwinan tersebut. Namun, ingatlah bahawa Bible mengumpamakan perkahwinan kepada tiga utas tali yang dipintal menjadi satu. Tali yang digunakan dalam kapal layar direka untuk tahan lasak, dan tidak akan berbulu atau terurai bahkan semasa mengharungi ribut yang sangat dahsyat. Dalam cara yang Matius 19:6) Jika anda berkahwin, anda perlu mempunyai pandangan yang sama mengenai perkahwinan. Adakah komitmen sebegini menjadikan perkahwinan suatu beban? Tidak.
sama, perkahwinan haruslah berkekalan. Ingatlah kata-kata Yesus, ‘Mereka yang telah disatukan oleh Tuhan, tidak boleh dipisahkan oleh manusia.’ (21. Suami dan isteri perlu mempunyai pandangan apa terhadap satu sama lain, dan apakah yang boleh membantu mereka melakukan hal ini?
21 Suami dan isteri perlu sentiasa mempunyai pandangan yang betul terhadap satu sama lain. Jika mereka masing-masing mencuba sedaya upaya untuk berfokus pada usaha dan sifat baik pasangan mereka, perkahwinan mereka akan membawa kebahagiaan dan kepuasan. Sesetengah orang mungkin berpendapat bahawa mereka tidak dapat sentiasa berpandangan positif terhadap pasangan mereka yang tidak sempurna. Tetapi, Yehuwa ialah Tuhan yang munasabah dan Dia sentiasa berpandangan positif terhadap kita, bukan? Seorang penulis mazmur bertanya, “Jika Engkau terus mengingat dosa-dosa kami, siapakah yang dapat terlepas daripada hukuman?” (Mazmur 130:3, ABB) Ya, seperti Yehuwa, suami dan isteri perlu mempunyai pandangan yang positif terhadap satu sama lain dan bermaaf-maafan.
22, 23. Bagaimanakah Abraham dan Sara menetapkan teladan yang baik bagi pasangan suami isteri hari ini?
22 Semakin lama sebuah perkahwinan bertahan, semakin banyak berkat yang dapat diraih. Bible memberitahu kita tentang Abraham dan Sara apabila mereka sudah lanjut usia. Kehidupan mereka sebagai suami isteri tidak terkecuali daripada kesukaran dan cabaran. Bayangkanlah keadaannya bagi Sara yang pada masa itu mungkin berumur lebih daripada 60 tahun. Dia perlu meninggalkan kota Ur yang mewah dan rumahnya yang selesa lalu tinggal dalam khemah sehingga akhir hayatnya. Namun dia tunduk kepada * (Kejadian 18:12; 1 Petrus 3:6) Dia menghormati suaminya dari hati.
suaminya sebagai kepala keluarga. Sebagai pelengkap dan pembantu yang baik, dia menghormati dan membantu menjayakan keputusan suaminya. Ketundukan Sara tidak bersifat luaran sahaja. Bahkan “dalam hati” dia telah memanggil Abraham sebagai tuannya.23 Hal ini tentu tidak bermaksud bahawa Abraham dan Sara selalu mempunyai pandangan yang sama. Pada suatu masa, Sara memberikan cadangan yang “sangat menyusahkan hati Abraham.” Walaupun begitu, apabila Yehuwa mengarahkan Abraham untuk mengikut cadangan Sara, dia telah berbuat demikian dengan rendah hati, dan hal ini telah membawa berkat kepada keluarga mereka. (Kejadian 21:9-13) Suami dan isteri hari ini, termasuk mereka yang sudah berkahwin selama puluhan tahun, boleh mengambil banyak iktibar daripada pasangan ini yang takut akan Tuhan.
24. Bagaimanakah sebuah perkahwinan dapat membawa nama baik kepada Tuhan Yehuwa?
24 Dalam sidang Kristian terdapat beribu-ribu pasangan suami isteri yang bahagia. Dalam perkahwinan mereka, isteri menunjukkan hormat yang mendalam kepada suami, suami mengasihi dan menghormati isteri, dan mereka berdua berganding bahu untuk mengutamakan kehendak Tuhan dalam kehidupan mereka. Jika anda membuat keputusan untuk berkahwin, semoga anda memilih teman hidup dengan bijak, membuat persediaan yang baik, dan mencurahkan usaha supaya perkahwinan anda diisi dengan kedamaian dan kasih, serta membawa nama baik kepada Tuhan Yehuwa. Dengan ini, perkahwinan anda tentu akan membantu anda untuk terus hidup di bawah naungan kasih Tuhan.
^ per. 11 Lihat Bab 2 dalam buku Rahsia Kebahagiaan Keluarga yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.
^ per. 12 Sesetengah penyembah Yehuwa yang setia pada zaman kuno mempunyai lebih daripada seorang isteri (berpoligami). Semasa Yehuwa berurusan dengan umat-Nya pada masa itu, Dia membenarkan amalan poligami. Dia tidak mengasaskan amalan ini, tetapi memastikan amalan ini dikawal. Walau bagaimanapun, orang Kristian harus ingat bahawa Yehuwa tidak lagi mengizinkan poligami dalam kalangan penyembah-Nya.
^ per. 22 Walaupun Kejadian 18:12 menyatakan bahawa Sara memanggil Abraham “suamiku,” perkataan yang digunakan dalam bahasa asal bermaksud “tuanku.”