LAMPIRAN C
Cara Mengadakan Pembelajaran Bible dengan Menggunakan Nikmati Hidup Selama-Lamanya!
Para saudara banyak berdoa dan membuat kajian yang teliti semasa menyediakan Nikmati Hidup Selama-Lamanya! Untuk memanfaatkan sepenuhnya bahan ini, gunakan kaedah berikut semasa mengadakan pembelajaran Bible.
Sebelum pembelajaran
-
1. Buat persiapan rapi. Semasa membuat persiapan, fikirkan keperluan, keadaan, dan pandangan pelajar anda. Cuba kenal pasti poin-poin yang mungkin susah difahami atau diterapkannya. Pertimbangkan bagaimana bahagian “Jom Belajar” dapat membantu pelajar anda. Jika perlu, bersedialah untuk menggunakannya semasa pembelajaran.
Semasa pembelajaran
-
2. Berdoa sebelum dan selepas pembelajaran, kecuali jika pelajar anda tidak bersetuju.
-
3. Jangan cakap terlalu banyak. Berfokuslah kepada bahan pembelajaran dan biarkan pelajar anda meluahkan pandangannya.
-
4. Semasa memulakan bahagian baharu, baca isi utamanya dan sebutkan beberapa tajuk pelajaran.
-
5. Di penghujung setiap bahagian, bincangkan soalan-soalan ulang kaji untuk membantu pelajar anda ingat kebenaran yang dipelajarinya.
-
6. Dalam setiap pembelajaran dengan pelajar:
-
Baca teks di bahagian awal.
-
Baca semua ayat Bible yang ditandakan “Baca.”
-
Baca ayat-ayat rujukan lain jika perlu.
-
Mainkan semua video yang ditandakan “Mainkan” (jika video itu tersedia).
-
Tanya pelajar setiap soalan.
-
Halakan perhatian pelajar kepada gambar-gambar dalam bahagian “Ketahuilah,” dan jemputnya untuk memberikan komen.
-
Gunakan kotak “Matlamat” untuk membantu pelajar melihat kemajuan rohaninya. Anda dapat menggalakkan dia menerapkan matlamat yang tersedia, menetapkan matlamat lain, atau kedua-duanya.
-
Tanya pelajar jika terdapat mana-mana rencana atau video dalam bahagian “Jom Belajar” yang menarik baginya semasa membuat persiapan.
-
Cuba habiskan satu pelajaran dalam satu sesi.
-
Selepas pembelajaran
-
7. Terus fikir tentang pelajar anda. Berdoalah agar Yehuwa memberkati kemajuan pelajar anda dan memberi anda kebijaksanaan supaya tahu cara untuk membantunya.