Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

BUAT KUNJUNGAN

PELAJARAN 9

Empati

Empati

Prinsip: “Bersukacitalah bersama orang yang bersukacita dan menangislah bersama orang yang menangis.”​—Rm. 12:15.

Apa yang Yesus Buat

1. Lihat VIDEO, atau baca Markus 6:30-34. Kemudian bincang soalan-soalan berikut:

  1.    Mengapakah Yesus dan para rasulnya mahu “pergi ke suatu tempat yang sunyi”?

  2.   Apakah yang mendorong Yesus untuk mengajar orang ramai?

Apakah yang Kita Pelajari daripada Yesus?

2. Sifat empati mendorong kita untuk mengambil berat terhadap orang lain, dan bukan hanya memberitahu orang tentang mesej kita.

Tirulah Yesus

3. Dengar dengan teliti. Berikan peluang kepada orang itu untuk meluahkan pandangannya. Jangan mencelah atau cepat-cepat mengetepikan perasaan, kerisauan, atau bantahannya. Dengan memberikan perhatian, anda menunjukkan bahawa anda peduli tentang apa yang dia fikirkan.

4. Fikir tentang orang yang berminat. Berdasarkan perbualan anda dengannya, tanyalah diri,

  1.    “Mengapakah dia perlu mendengar kebenaran?”

  2.   “Bagaimanakah pembelajaran Bible dapat membuat kehidupan sehariannya dan masa depannya menjadi lebih baik?”

5. Kongsi maklumat yang sesuai dengan keperluannya. Seawal yang mungkin, tunjukkan bagaimana pembelajaran Bible dapat menjawab soalan-soalannya dan dapat membantunya dalam cara yang praktikal.