Apakah Kehendak Tuhan?
Tuhan ingin kita hidup aman bahagia di bumi firdaus buat selama-lamanya!
Anda mungkin bertanya, “Bagaimanakah hal ini akan terjadi?” Bible mengatakan bahawa Kerajaan Tuhan akan melaksanakan hal ini. Tuhan juga ingin semua orang belajar tentang Kerajaan-Nya dan tujuan-Nya untuk kita.—Mazmur 37:11, 29; Yesaya 9:7.
Tuhan ingin kita menikmati apa yang baik.
Seperti ayah pengasih yang menginginkan apa yang terbaik untuk anaknya, Bapa kita di syurga ingin kita bahagia buat selama-lamanya. (Yesaya 48:17, 18) Dia berjanji bahawa “orang yang melakukan kehendak Tuhan akan hidup selama-lamanya.”—1 Yohanes 2:17.
Tuhan ingin kita mengikut jalan-Nya.
Bible berkata bahawa Pencipta kita ingin “mengajar kita haluan-Nya” supaya kita dapat “mengikut jalan-Nya.” (Yesaya 2:2, 3) Dia telah memilih sekumpulan orang “menjadi umat yang menyandang nama-Nya” untuk memberitakan kehendak-Nya di seluas bumi.—Kisah 15:14.
Tuhan ingin kita menyembah-Nya dengan bersatu padu.
Ibadat suci Yehuwa tidak memecahbelahkan orang tetapi menyatukan mereka dalam ikatan kasih sejati. (Yohanes 13:35) Hari ini, siapakah yang mengajar orang di serata bumi untuk menyembah Tuhan dengan bersatu padu? Kami menjemput anda untuk mencari jawapannya dalam brosur ini.