Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kesimpulan

Kesimpulan

Adakah anda masih ingat kenangan manis yang pernah anda nikmati bersama umat Yehuwa? Anda mungkin terfikir tentang perjumpaan dan konvensyen yang menggalakkan, pengalaman yang baik semasa menyertai kerja penyebaran, atau perbualan yang membina dengan rakan seiman. Anda tidak lupa tentang Yehuwa. Dia juga tidak pernah lupa tentang anda. Dia masih ingat akan khidmat anda yang setia. Dia ingin membantu anda kembali kepada-Nya.

Yehuwa berkata, ‘Aku sendiri akan mencari domba-domba-Ku, dan memelihara mereka seperti seorang gembala mencari dan mengumpulkan domba-dombanya yang tercerai-cerai. Aku akan mengumpulkan mereka dari tempat mereka tercerai-cerai pada malam yang gelap dan nahas itu.’​—Yehezkiel 34:11, 12.