Kerajaan Tuhan Kini Memerintah!
Jutaan orang telah menemukan kehidupan yang menggembirakan dan terjamin kerana hidup di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan yang sempurna. Adakah anda mahu menjadi salah seorang rakyat kerajaan-Nya?
Sepucuk Surat daripada Badan Pimpinan
Bagaimanakah pengumuman C. T. Russell yang menggemparkan pada 2 Oktober 1914 terbukti benar?
BAB 1
“Datanglah Kerajaan-Mu”
Topik yang paling kerap diajarkan oleh Yesus ialah Kerajaan Tuhan. Apakah yang akan berlaku semasa Kerajaan Tuhan datang? Bilakah Kerajaan Tuhan akan datang?
BAB 2
Kelahiran Kerajaan Tuhan di Syurga
Siapakah yang membantu mempersiapkan para pengikut Kristus di bumi bagi kelahiran Kerajaan Tuhan? Apakah yang menunjukkan bahawa Kerajaan Tuhan ialah pemerintahan yang sebenar?
BAB 3
Yehuwa Menyingkapkan Tujuan-Nya
Adakah Kerajaan Mesias sebahagian daripada tujuan asal Tuhan? Bagaimanakah Yesus memberikan lebih banyak butiran tentang Kerajaan Tuhan?
BAB 4
Yehuwa Memastikan Nama-Nya Diagungkan
Apakah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Tuhan untuk menyucikan nama-Nya? Bagaimanakah anda dapat menyumbang kepada penyucian nama Yehuwa?
BAB 5
Kebenaran Menjadi Semakin Terang
Belajarlah tentang Kerajaan Tuhan, para pemerintahnya dan rakyatnya, dan maksud kesetiaan kepada Kerajaan itu.
BAB 6
Orang yang Menginjil—Para Penyebar Menawarkan Diri dengan Sukarela
Mengapakah Yesus berasa yakin bahawa dia akan mendapatkan sepasukan orang untuk menjalankan kerja penyebaran sepanjang hari-hari terakhir? Bagaimanakah anda dapat menunjukkan bahawa anda sedang mengutamakan Kerajaan Tuhan?
BAB 7
Kaedah Menginjil—Menggunakan Segala Cara untuk Menyampaikan Berita Baik
Kenalilah teknik-teknik yang digunakan oleh umat Tuhan untuk menyampaikan berita baik kepada seberapa ramai orang yang mungkin sebelum akhir tiba.
BAB 8
Alat Bantuan Menginjil—Menghasilkan Bahan Bacaan untuk Kerja Sedunia
Bagaimanakah kerja terjemahan kita membuktikan bahawa Yesus sedang menyokong kita? Apakah fakta-fakta tentang bahan bacaan kita yang meyakinkan anda bahawa Kerajaan Tuhan adalah nyata?
BAB 9
Hasil Kerja Penyebaran—Ladang Sudah Menguning dan Siap untuk Dituai
Yesus mengajar murid-muridnya dua perkara penting tentang tuaian rohani yang terbesar. Bagaimanakah dua perkara itu mempengaruhi kita hari ini?
BAB 11
Pemurnian Moral—Mencerminkan Kesucian Tuhan
Bilik-bilik pengawal dan laluan masuk ke Rumah Tuhan dalam penglihatan Yehezkiel bermakna bagi umat Tuhan sejak tahun 1914.
BAB 12
Aturan untuk Menyembah “Tuhan Kedamaian”
Bible tidak membandingkan keadaan yang kacau-bilau dengan keadaan yang teratur. Sebaliknya, Bible membandingkannya dengan kedamaian. Mengapa? Bagaimanakah jawapan kepada soalan itu mempengaruhi orang Kristian hari ini?
BAB 13
Memperjuangkan Hak Kita di Mahkamah
Pada zaman moden, hakim-hakim di beberapa mahkamah tinggi mempunyai pendirian yang sama seperti Gamaliel, seorang guru Hukum pada zaman dahulu.
BAB 14
Kesetiaan yang Tidak Berbelah Bahagi
Penganiayaan yang bagaikan deruan “air sungai” telah melanda Saksi-Saksi Yehuwa kerana keneutralan mereka. Namun, “air sungai” itu ditelan oleh pihak yang tidak terduga.
BAB 15
Memperjuangkan Kebebasan Beragama
Umat Tuhan telah memperjuangkan hak untuk mentaati hukum Kerajaan Tuhan.
BAB 16
Berhimpun untuk Menyembah Tuhan
Bagaimanakah kita dapat meraih manfaat yang penuh daripada perjumpaan kita?
BAB 17
Melatih Penyebar Kerajaan Tuhan
Bagaimanakah pelbagai sekolah teokratik melatih penyebar Kerajaan Tuhan untuk melaksanakan tugas mereka?
BAB 18
Cara Kegiatan Kerajaan Tuhan Dibiayai
Bagaimanakah kita menerima wang yang diperlukan? Bagaimanakah wang itu digunakan?
BAB 19
Kerja Pembinaan yang Memuliakan Yehuwa
Tempat beribadat memuliakan Tuhan, tetapi ada sesuatu yang lebih berharga bagi-Nya.
BAB 20
Kerja Membantu Mangsa Bencana Memuliakan Yehuwa
Bagaimanakah kita tahu bahawa kerja membantu mangsa bencana merupakan sebahagian daripada khidmat suci kepada Yehuwa?
BAB 21
Kerajaan Tuhan Menyingkirkan Musuhnya
Anda dapat mempersiapkan diri sekarang untuk perang Armagedon.
BAB 22
Kerajaan Yehuwa Melaksanakan Kehendak Tuhan di Bumi
Mengapakah anda dapat yakin bahawa janji-janji Yehuwa pasti akan menjadi kenyataan?