PELAJARAN 10
Alunan Suara
Amsal 8:4
RINGKASAN: Gunakan kelantangan, nada suara, dan kelajuan yang berbeza-beza untuk menyampaikan maksud dengan jelas dan menyentuh perasaan.
CARA MELAKUKANNYA:
-
Ubah kelantangan. Lantangkan suara untuk menekankan isi utama, untuk menggerakkan pendengar agar bertindak, atau semasa membaca ayat Bible yang mengandungi mesej penghakiman. Perlahankan suara untuk mengungkapkan perasaan takut atau risau, atau untuk membantu pendengar menanti-nantikan isi seterusnya.
-
Ubah nada. Jika sesuai untuk bahasa anda, tinggikan nada untuk mencerminkan semangat yang berkobar atau untuk menunjukkan saiz atau jarak. Rendahkan nada untuk mengungkapkan rasa sedih atau risau.
-
Ubah kelajuan. Bercakap dengan lebih cepat untuk menunjukkan perasaan teruja. Bercakap dengan lebih lambat semasa menyatakan isi penting.