PELAJARAN 11
Penyampaian yang Bersemangat
CARA MELAKUKANNYA:
-
Biar hati anda tersentuh. Semasa bersedia untuk memberikan penyampaian, fikirkan secara mendalam sebabnya mesej anda penting. Kenali bahan anda dengan begitu baik, sehingga anda dapat mengucapkannya dari hati.
-
Fikirkan pendengar anda. Renungkan bagaimana bahan yang akan anda bacakan atau ajarkan dapat membawa manfaat kepada orang lain. Fikirkan cara penyampaian yang dapat membantu pendengar lebih menghargai maklumat yang dihuraikan.
-
Hidupkan penyampaian anda. Bercakap dengan semangat yang membara. Gunakan gerak tubuh dan raut muka yang ikhlas untuk menunjukkan perasaan anda.