Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 13

Menjelaskan Nilai Praktikal

Menjelaskan Nilai Praktikal

Amsal 3:21

RINGKASAN: Bantu pendengar memahami bagaimana topik anda mempengaruhi kehidupan mereka, dan tunjukkan apa yang perlu dilakukan.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Fikirkan pendengar. Renungkan sebabnya pendengar anda memerlukan maklumat yang hendak anda kongsi, dan fikirkan aspek-aspek dalam maklumat itu yang berguna khasnya untuk mereka.

  • Sepanjang penyampaian anda, nyatakan apa yang perlu dilakukan. Dari mula lagi, setiap pendengar harus sedar bahawa topik anda berguna untuknya. Semasa mengembangkan setiap isi utama, tunjukkan cara untuk menerapkannya secara spesifik.