Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 14

Isi Utama Ditonjolkan

Isi Utama Ditonjolkan

Ibrani 8:1

RINGKASAN: Bantu hadirin mengikuti ceramah anda, dan jelaskan kaitan antara setiap isi utama dengan tujuan dan tema anda.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Tentukan tujuan anda. Fikirkan sama ada ceramah anda bertujuan untuk menyampaikan maklumat, meyakinkan pendengar, atau menggerakkan mereka untuk bertindak. Pastikan semua isi utama dalam ceramah dikembangkan mengikut tujuan ceramah anda.

  • Tonjolkan tema ceramah anda. Sebutkan tema anda sepanjang ceramah dengan mengulangi kata kunci dalam tema atau dengan menggunakan perkataan lain yang sama maksudnya.

  • Pastikan isi-isi utama anda jelas dan mudah. Hanya pilih isi-isi utama yang berkaitan dengan tema, yang dapat digunakan untuk mengajar dengan berkesan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jangan menggunakan terlalu banyak isi utama. Nyatakan setiap isi utama dengan jelas, berhenti sebentar sebelum memulakan isi seterusnya, dan pastikan peralihan antara setiap isi adalah lancar.