Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 15

Diucapkan dengan Yakin

Diucapkan dengan Yakin

1 Tesalonika 1:5

RINGKASAN: Tunjukkan bahawa anda benar-benar yakin akan kebenaran dan kepentingan kata-kata anda.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Persiapan yang teliti. Kaji bahan anda sehingga anda dapat mengenal pasti isi-isi utama dan memahami bagaimana isi-isi itu disokong dalam Bible. Cuba nyatakan isi-isi utama penyampaian secara ringkas. Bertumpu kepada manfaatnya bagi pendengar. Mohon kuasa suci Tuhan.

  • Gunakan kata-kata yang mencerminkan keyakinan. Daripada mengulangi perkataan yang sama dalam bahan bacaan, gunakan kata-kata sendiri. Pilih kata-kata yang menunjukkan keyakinan anda.

  • Bercakap dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Gunakan kelantangan yang sesuai. Pandang mata pendengar jika hal itu tidak menyinggung perasaan mereka.