Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 18

Meningkatkan Pengetahuan Hadirin

Meningkatkan Pengetahuan Hadirin

1 Korintus 9:19-23

RINGKASAN: Bantu pendengar memikirkan topik yang dibincangkan, supaya mereka berasa bahawa mereka telah mempelajari sesuatu yang bernilai.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Fikirkan apa yang sudah diketahui pendengar. Daripada mengulangi perkara yang pernah didengari pendengar, bantu mereka untuk melihat topik anda dari sudut yang baharu.

  • Buat penyelidikan dan perenungan. Jika boleh, sertakan fakta yang jarang diketahui atau isu semasa untuk menghuraikan isi utama. Renungkan bahan anda dan kaitannya dengan fakta yang akan anda sebutkan.

  • Tunjukkan nilai mesej anda. Jelaskan bagaimana ajaran Bible dapat digunakan dalam kehidupan seharian pendengar. Bincangkan situasi, sikap, dan kelakuan spesifik yang berkaitan dengan pendengar.