Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 19

Berusaha Mencapai Hati

Berusaha Mencapai Hati

Amsal 3:1

RINGKASAN: Bantu pendengar menghargai apa yang dipelajari dan bertindak selaras dengannya.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Bantu pendengar memeriksa diri. Tanyakan soalan yang dapat membantu hadirin untuk meneliti perasaan sendiri.

  • Bantu pendengar agar didorong oleh niat murni. Galakkan pendengar untuk memikirkan sebabnya mereka berbuat baik. Bantu mereka memupuk niat yang murni, iaitu kasih untuk Yehuwa, untuk manusia, dan untuk ajaran Bible. Daripada meleteri pendengar, bantu mereka menyedari betapa bijaknya ajaran Bible. Daripada membuat mereka berasa malu atau bersalah, pastikan mereka terdorong untuk melakukan yang terbaik selepas mendengar penyampaian anda.

  • Halakan perhatian kepada Yehuwa. Tekankan bagaimana ajaran, prinsip, dan perintah Bible mencerminkan sifat-sifat Tuhan dan kasih-Nya terhadap kita. Semaikan keinginan untuk mengambil kira perasaan Yehuwa dan untuk menyenangkan hati-Nya.