PELAJARAN 2
Gaya Percakapan
2 Korintus 2:17
RINGKASAN: Gunakan gaya percakapan yang bersahaja (tidak dibuat-buat) dan ikhlas untuk mencerminkan perasaan anda terhadap pendengar dan topik anda.
CARA MELAKUKANNYA:
-
Buat persiapan dengan teliti dan berdoa. Mohon bantuan untuk bertumpu kepada mesej anda dan bukannya diri sendiri. Pastikan anda menguasai isi-isi utama penyampaian dan menyatakannya dengan kata-kata sendiri. Jangan sekadar menyebut ungkapan yang tercetak secara bulat-bulat.
-
Bercakap dari hati. Fikirkan sebabnya pendengar anda perlu mendengar mesej itu. Bertumpulah kepada mereka. Dengan itu, postur badan, gerakan, dan raut muka anda akan mencerminkan keramahan yang ikhlas.
-
Pandang pendengar anda. Pandanglah mata mereka jika hal itu tidak menyinggung perasaan mereka. Semasa menyampaikan ceramah, pandanglah hadirin secara individu, dan bukannya melihat mereka dengan sekilas pandang.